Pelawak Shuib diselubungi rasa bersalah kerana meletakkan puteri tunggalnya, Talita, dalam situasi yang dianggap terlalu sukar pada usia yang masih muda.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘September Bulan Kesedihan Buat Suami’ – Watie Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Shuib Sempena ‘Birthday’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Comel.. Talita ‘Blushing’ Dapat Jumpa Merqeen

Talita sakit

@shuibsepahtu

Hari Rabu mgu lepas kuarantin di rumah smpi hari Ahad.Hari isnin baru mula praktis dan bernyanyi,tapi sampai hari ni Rabu suara nya masih crack dan dada sempit susah untuk bernafas.InsyaAllah sabar ye sayang,dugaan untuk kita,biar apa orang nak cakap asal kita tahu apa yg kita buat.Rezeki Allah dah pon tetapkan,kita usaha dan tawakkal Thalita.Maafkan daddy letakkan U dalam situasi begini di usia U yg masih lagi terlalu muda.Just trust the process,perjalanan kita jauh lagi.Semoga yang baik2 untuk kita dan semua 🤲 Daddy selalu ada,sampai daddy menutup mata.U can do this!!! Bismillah @Thalita_Shuib @tatatintun @Cikgu Shafi #talktomymanagermy #ttmm #grandfinale

♬ original sound – shuibsepahtu – shuibsepahtu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shuib berkongsi keadaan suara Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra, 12, yang masih belum pulih akibat daripada jangkitan Influenza.

Ujarnya lanjut, dia sebak melihat keadaan Thalita yang masih muda namun terpaksa kuat demi meneruskan perjuangan sebagai peserta dalam sebuah program nyanyian.

Hari Rabu minggu lepas kuarantin di rumah sampai hari Ahad. Hari Isnin baru mula praktis dan bernyanyi, tapi sampai hari ini suaranya masih crack dan dada sempit susah untuk bernafas.

Innsya-Allah sabar ya sayang. Dugaan untuk kita, biar apa orang nak cakap asal kita tahu apa yang kita buat.

Rezeki Allah dah pun ditetapkan, kita usaha dan tawakkal.

Maafkan daddy letakkan awak dalam situasi begini di usia awak terlalu muda.

Hanya percaya pada proses. Perjalanan kita jauh lagi.

Semoga yang baik-baik untuk kita.

Daddy selalu ada, sampai daddy menutup mata. Thalita boleh!

Netizen beri sokongan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata semangat buat Thalita agar terus kuat melawan sakit demi merangkul gelaran juara.

Sumber: TikTok @shuibsepahtu