berita

[VIDEO] ‘Suara TokTi Ambil Masa Untuk Sembuh, Dia Tak Akan Boleh Sihat 100%’

July 25th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Datuk Siti Nurhaliza

Kemunculan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempersembahkan lagu terbaharunya, ‘Romansa Kita’ buat julung kalinya pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 menjadi bualan orang ramai.

Mana taknya, ramai yang mendakwa kualiti suara Siti tidak sama seperti dulu.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Secara Eksklusif Siti Nurhaliza Pertama Kali Persembahkan ‘Romansa Kita’

Pengurus TokTi tampil perjelas

Datuk Siti Nurhaliza

Terbaharu, pengurus kepada Siti, Rozi Abdul Razak tampil menjawab segala komen yang dilemparkan sesetengah netizen terhadap penyanyi berusia 44 tahun itu.

Menurut Rozi, vokal dan suara pelantun lagu Jerat Percintaan itu masih belum sihat dan perlu mengambil masa yang agak lama untuk sembuh seperti sedia kala.

(Suara TokTi) ambil masa untuk sembuh, dia tak akan boleh sihat 100%.

Sebenarnya situasi macam ni bukan Siti sahaja yang alami, malah artis-artis antarabangsa, artis-artis kita juga mengalami situasi ini.

Dia tak akan baik dalam masa setahun, dia akan ambil masa yang lama. Dia (Siti) ada masalah tetapi tak perlulah dimaklumkan kepada orang ramai.

Tambah Rozi lagi, meskipun mempunyai masalah berkaitan dengan vokal, Siti tetap akan memberikan yang terbaik setiap kali diminta untuk melakukan persembahan.

Alhamdulillah, beliau menyanyi cuma dalam kondisi semampunya beliau.

Kita tak ada memaksa apa-apa, bagi saya mudah sahaja. Seseorang tu akan buat apa sahaja kerja dia atas kapasiti kemampuan dia, jadi dia buat apa yang dia termampu.

Di akhir potongan video itu, Rozi memaklumkan dia akan terus menjaga jadual Siti dan memastikan penyanyi itu tidak terlalu sibuk dengan rutin hariannya.

Kondisi Datuk Siti sekarang, saya memang fikirkan untuk dia sihat, jaga kesihatan dia, ada waktu untuk dia rehat jadi kita mengawal jadual kerjanya supaya keadaan semakin hari semakin baik.

Tetapi untuk baik sepenuhnya dalam waktu terdekat itu doktor kata tidak. Akan ambil masa yang lama.

Video

@m.s.zone Beri Siti masa. dia pun manusia biasa, ada fasa perubahan. 27 tahun non stop menghiburkan; bila keadaan dia tak mengizinkan, korang kutuk dia ramai2.. itu ke namanya peminat? hidup ni mudah je kalau buat mudah. rasa suara dia dah tak sedap di telinga, stop dengar. rasa tak nak minat, itu pilihan sendiri. #sitinurhaliza #fyp? #sitism ? original sound – ??

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×