berita

‘Tak Jadi Kahwin, Tidak Bermakna Mereka Bermusuh’

January 31st, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana mencuri perhatian warganet apabila memuat naik gambar sedondon ketika menjayakan sesi fotografi pakaian raya di Instagram Story.

Pengurus kepada mereka iaitu Iman Tang mendedahkan Syafiq dan Mimi masih menjalinkan hubungan yang baik dan mereka masih kekal berkawan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle & Mimi Lana Bahagia Nikmati Makanan Thailand, Peminat Teruja Siap Buat ‘Spot Check’ Di Instagram

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Dah Getback? Kantoi Keluar Makan Bersama

‘Masih berkawan’

Memetik laporan Berita Harian, meskipun mereka membuat keputusan membatalkan majlis perkahwinan mereka pada tahun lepas, namun hubungan mereka masih baik.

Menurut Iman, mereka baru saja menyelesaikan kerja bersama bagi mempromosikan baju melayu dan baju kurung bagi satu jenama tempatan.

 Mereka masih berkawan.

Walaupun tak jadi kahwin, ia tidak bermakna mereka bermusuh atau bergaduh. Ini adalah kebenaran sebab saya ada bersama ketika kejadian tempoh hari.

Memang tiada masalah, malah hingga hari ini mereka masih berkawan. Macam hari ini mereka baru sahaja selesai sesi fotografi untuk mempromosikan baju Melayu dan baju kurung untuk satu jenama tempatan.

Sebagai pengurus kepada Syafiq dan Mimi, Iman amatlah terbuka sekiranya mereka kembali bersama dan mahu mendirikan masjid kerana ia satu perkara yang baik dalam Islam.

Namun, Iman mendedahkan dia akan membiarkan mereka fokus dengan kerja masing-masing terlebih dahulu.

Ya sudah tentu saya mengalu-alukan, lagipun ia untuk kebaikan dan mendirikan masjid adalah perkara baik dalam Islam.

Saya banyak kali makan malam bersama mereka, tapi tak pernah bertanya mengenai hala tuju hubungan dengan lebih mendalam. Ini kerana mereka sedang sibuk sekarang ini.

Bagi saya, biar mereka fokus dengan kerja dahulu. Mungkin dalam kesibukan bekerja ada bibit cinta dan perasaan untuk kembali bersama.

Dalam pada itu, Iman berharap agar Syafiq dan Mimi akan memaklumkan hubungan mereka dengan lebih awal sekiranya ada berita baik mahu dikongsikan.

Saya berharap sekiranya kembali bersama, Syafiq dan Mimi beritahu saya lebih awal sebab sebelum ini, saya hanyalah jemputan. Saya tidak tahu apa-apa.

Terdahulu, pengurus Mimi Lana yang dikenali sebagai Iman Tang menerusi satu mesej pesanan ringkas memaklumkan pasangan itu membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×