berita

[VIDEO] Suasana Hiba Sebaik Sahaja Van Jenazah Ashraf Sinclair Tiba Di Rumah

February 18th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Desas-desus punca kematian pelakon Ashraf Sinclair terus menjadi persoalan dalam kalangan netizen. Jika anda mengikuti kehidupan pelakon lelaki ini di Instagram, boleh dikatakan Ashraf sering mengamalkan gaya hidup sihat termasuk melakukan aktiviti sukan. Pengurus kepada Bunga Citra Lestari turut menyifatkan Ashraf seorang yang sihat dan tiada penyakit.

Ketibaan jenazah Ashraf di perkarangan rumahnya di Pejaten Barat undang hiba keluarga dan kenalan rapat yang tiba. Kelihatan Bunga Citra Lestari juga dalam keadaan tidak bermaya dan mata sembab.

Jenazah tiba di rumah

https://www.youtube.com/watch?v=PxSVAS-sKKc&feature=emb_title

Video yang dimuatnaik menerusi Youtube Kompasscom ini menyaksikan suasana hiba sejurus sahaja van jenazah tiba di rumah arwah di Pejaten Barat, Jakarta Selatan. Van jenzah yang tiba dari Rumah Sakit MMC, Kuningan, Jakarta Selatan itu tiba di rumah pada jam 7.30 pagi waktu tempatan. Terlihat kelibat isterinya, Bunga Citra Lestari tiba di perkarangan rumah dengan keadaan mata yang sembab. Rumah berkenaan turut dijaga dan dikawal oleh beberapa petugas yang mengenakan uniform berwarna hitam.

‘Dia paling sihat’

Desas-desus mengenai tahap kesihatan arwah mula diperkatakan apabila pemergiannya itu dikatakan terlalu awal pada usia mencecah 40 tahun. Bagimanapun, menurut pengurus kepada Bunga Citra Lestari, Ashraf tidak menghidap sebarang penyakit. Upacara pengebumian dijangka berlangsung di Sandiego Hills, Jakarta.

Enggak ada. Dia sehat banget. Di antara kami semua, dia paling sehat.

Forografer kongsi kenangan foto terakhir

Sementara itu, fotografer kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Jodie Octora turut berkongsi kenangan foto terakhir bersama arwah. Menurut perkongsiannya di IG Stories, fotografer ini turut memuatnaik foto terakhir yang diambilnya dan foto ini juga telah diabadikan di Instagram Ashraf Sinclair.

‘Photo yang sangat berkenang’

Jodie Octora turut berkongsi perbualan terakhirnya bersama Ashraf Sinclair mengenai foto gaya permintaan arwah ketika bercuti ke luar negara. Ashraf Sinclair turut meminta fotografernya itu mengambil gambar gaya Jaywalker ketika berjalan.

Malah, Ashraf yang juga dikenali sebagai nama pena Ash turut dedahkan kenangan mengenai foto ini sewaktu arwah mengajak mereka bergambar bersama kenalan yang mengikuti percutian itu. Jodie Octora tiada di dalam gambar ini kerana dia yang tangkapkan gambar mereka tetapi Ashraf yang edit dan tampal foto Jodie di dalam foto bersama hanya menggunakan telefon sahaja.

Sumber: Jodieocto, Kompasscom, Astro Awani

SKIP THIS AD ×