berita

[VIDEO] Sufian Suhaimi Dah Hantar Rombongan Merisik Dekat ‘Sayang’?

October 22nd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

sufian merisik

Penyanyi dan usahawan Sufian Suhaimi didakwa sudah menghantar rombongan merisik kepada teman wanitanya yang berusia 23 tahun itu.

Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi Jual Bantal Zikir Tapi Teman Wanita ‘Free Hair’? -‘Saya Berniaga Untuk Berdakwah’

Dah off market?

@hairamikayla Tahniah buat sufian suhaimi serta gadis pilihannya #artis #fyp #sufiansuhaimi #shhnuffles #merisik ? original sound – arviandwi

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @hairamikayla00, wanita yang berjaya menambat hati Sufian dilihat mengenakan busana berwarna krim lengkap berinai putih di tangan.

Tahniah Sufian Suhaimi serta gadis pilihannya.

Dalam rakaman itu juga memaparkan momen menyarung cincin di jari manis sebelah kiri.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat.

Di samping itu, pelantun lagu Menggengam Bahagia turut hadir dengan memakai kemeja berwarna putih. Pasangan sama cantik sama padan ini turut merakam foto bersama sebagai kenangan manis.

Bagaimanapun, usaha OhBulan! untuk mendapatkan maklum balas daripada Sufian gagal apabila kiriman mesej yang dihantar belum dibalas.

Terdahulu, pemilik nama Sufian Haji Suhaimi mendedahkan hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita bertuah sejak tahun lalu. Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak berkongsi identiti wanita kerana risau kekasihnya tidak selesa.

Untuk rekod, Sufian pernah bertunang dengan aktres, Elfira Loy patahun 2017 namun ikatan itu terlerai selepas empat bulan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×