berita

[VIDEO] Suhaimi Saad Dedah Momen Ina Naim Luahkan Perasaan Cinta – ‘Bukan Saya Melamar Isteri, Dia Yang Melamar Saya’

November 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ina suhaimi

Pada Rabu lalu, industri muzik tanah air kehilangan seorang penyanyi nasyid iaitu bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Sempat Minta Maaf Zahir & Batin Kepada ‘Followers’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suhaimi Saad Tinggal Pesanan, Ajak Amal Solat Berjemaah – ‘Setiap Waktu Saya Usahakan’

Ina suka bukan sebab harta

ina suhaimi

Menerusi sesi siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok, Suhaimi menceritakan momen ketika dia dan Ina meluahkan perasaan masing-masing selepas kedua-duanya gagal dalam perhubungan sebelum ini.

Kebetulan lepas Ina putus tunang, saya pula putus dengan seorang pelajar universiti. Dah nak kahwin tapi mak dia tak setuju, mak dia tak suka artis.

Ina berterus terang dengan saya, dia kata ‘Ina memang suka dekat abang’.

Saya masa dengar tu terus rasa macam siang, padahal jam pukul 10 malam. Cepatnya!

Bukan saya yang melamar Ina, dia yang melamar saya kemudian saya pergi meminang. Ikut sunnah Nabi SAW.

Menurut Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad, Ina adalah seorang yang berani kerana melafazkan kata cinta terhadapnya terlebih dahulu dan yakin bahawa Ina memiliki ciri-ciri wanita solehah.

‘Bukan sebab harta, tetapi Ina nampak abang baik, pandai sembahyang dan mengaji’. Saya terus teringat nabi kata beruntung seseorang itu jika dia dipilih kerana agama. Kalau dia nakkan kekayaan dia tak akan pilih saya.

Dia bukan seorang perempuan materialistik, dia tak pandang harta, dia memang betul ikhlas sebab itu dia berani tanya saya.

Saya cakap pada Ina, kita kawan dulu kalau ada jodoh kita kahwin.

Saya nampak dia pakai stokin maknanya dia sanggup berubah, Daripada pakai seluar jeans tukar pakai kain, daripada pakai tudung singkat tukar pakai tudung labuh, daripada make up yang tebal tukar ‘natural beauty’ je.

Sementara itu, Suhaimi juga sempat menitip nasihat kepada pengikutnya terutama kepada kaum hawa yang masih lagi mencari jodoh.

Kalau korang ada jumpa lelaki yang baik, agamanya pun baik dan ada tanggungjawab, jangan malu pergi tanya. Sebab tak ada salahnya, Khadijah buat macam tu dekat nabi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak dan teringat kepada arwah yang suka berjenaka ketika bersiaran langsung selain menyifatkannya sebagai seorang suami yang baik.

Terdahulu, Suhaimi meninggal dunia kira-kira jam 7.40 petang selepas enam hari mendapatkan rawtaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

Untuk info, Suhaimi mendirikan rumah tangga bersama Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

@masthuramdali1

salam takziah buat Ina dan Anak2,last tengok live arwah asyik batuk2 dan nampak kurang sihat,semoga ditempat dengan org2 yang beriman Aaminn..

? bunyi asal – moksu – moksu

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×