Umum mengetahui, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menamatkan saingan akhir keirin di tempat kedua dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
Artikel berkaitan: Menang Di Hati Rakyat Malaysia, Azizulhasni Bawa Pulang Pingat Perak
Menerusi sesi temu ramah bersama wartawan Astro Arena di Tokyo, Azizulhasni kelihatan mengalirkan air mata sebaik sahaja mengetahui bahawa isterinya iaitu Tya sedang hamil anak ketiga mereka. Tahniah!
Terima khabar gembira
Saat Datuk @azizulAWANG menerima perkhabaran gembira dari @bazlyazmi. Masuk habuk pula mata ni.#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/7jh5nJp8sn
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 8, 2021
Menurut wartawan Astro Arena iaitu Bazly Azmi, dia terpaksa menyimpan terlebih dahulu berita gembira ini kerana risau ianya akan menganggu fokus Azizul semasa di Tokyo. Namun, sebaik sahaja upacara penyampaian pingat sudah diadakan, Bazly mengambil keputusan untuk memberitahu berita tersebut kepada Azizul. Tanpa bercakap apa-apa, Azizul kelihatan sebak dan melakukan sujud syukur.
Ayah mild-stroke
Air mata seorang pejuang that is Datuk @AzizulAWANG ??? Terima Kasih kerana membanggakan rakyat Malaysia! @BuletinTV3 pic.twitter.com/8CTCkQxo6Y
— Hasnida Hanim Ahmad Kamil TV3 (@hanimNewsMPB) August 8, 2021
Azizulhasni turut memberitahu bahawa dia sangat merindui seluruh ahli keluarganya. Tambahnya, ayahnya sedang terlantar sakit kerana mengalami mild-stroke. Hampir setiap hari mereka akan melakukan panggilan video bagi melepaskan rasa rindu. Jelas Azizulhasni, walau apa jua rintangan dia terpaksa untuk kuat demi negara. Azizulhasni turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas. Ujar Azizul, dia sudah cuba melakukan yang terbaik dan berharap seluruh rakyat Malaysia berpuas hati.
Sumber: Astro Arena