Semua tahu bahawa Sunway Group merupakan satu syarikat yang tidak asing lagi. Banyak perkara yang membuatkan kita rasa bangga dengan kehebatan dan kebaikannya.

Macam yang korang tahu, bukan sahaja property, malah perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan, pusat beli belah, hospitaliti, dan liburan juga mereka sediakan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Jadi, sempena ulang tahun Sunway Group yang ke-50 tahun ini, beberapa individu tampil dengan menceritakan inspirasi dan pengalaman mereka dengan Sunway.

Jom tengok video dekat bawah ni!

Antara kisah yang telah memberi kesan buat rakyat Malaysia!

Wahhh, banyak rupanya kisah-kisah disebalik 50 tahun kewujudan Sunway Group ni kan. Bukan tu je, banyak juga perkara dan pengalaman yang dikongsi yang telah menjadi inspirasi dan memberi kesan yang amat mendalam terutamanya buat rakyat Malaysia ini.

Antaranya:

1. Sunway Healthcare memberikan perkhidmatan doktor dan fasiliti yang terbaik buat Jared Lee 

Jared Lee memilih Sunway Healthcare untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana doktor dan kemudahannya yang luar biasa. Di sana beliau disahkan menghidap kanser testis.

Namun begitu, Dr Badrul memainkan peranan penting dalam membantunya untuk memahami keadaan itu. Jared mengorak langkah pertama ke arah pemulihan yang dibantu oleh doktor dan fasiliti yang unggul di sana. 

Bagi Jared, Sunway bukan sahaja menyediakan kemudahan perubatan, malah ia menjadikan perjalanannya ke arah pemulihan lebih meyakinkan.

2. “Sunway Pyramid seolah rumah kedua buat saya dan keluarga” – Irene Cheow 

“Saya kerap -mengunjungi Sunway Pyramid, hampir setiap hari. Ia merupakan pusat beli-belah pertama di negara ini yang mempunyai gelanggang luncur ais.”

Apabila Irene mengetahui bahawa Sunway Pyramid mempunyai akademi luncur ais, beliau mendaftar untuk belajar bersama-sama dengan anak-anaknya dan beliau tahu bahawa ini akan menjadi platform untuk anak-anaknya menyedari potensi mereka sehingga mampu mencapai kegemilangannya sebagai atlet negara.

“Kami sekeluarga banyak meluangkan masa di sini. Kami makan, membeli-belah pakaian dan barangan runcit, tengok wayang dan saya sehingga hari ini, masih pergi ke gim di sini.

Bagi Irene, Sunway Pyramid ini merupakan rumah kedua buat beliau dan keluarganya.

3. “Banyak hotel di seluruh dunia ni yang saya dah pergi tapi Sunway Resort Hotel yang terbaik bagi saya” – Coach Elle Filani 

Coach Elle Filani merupakan seorang relationship coach dan mempunyai pengalaman penginapan di pelbagai hotel di seluruh dunia.

Katanya Sunway Resort Hotel dapat memenangi hatinya dengan layanan yang menakjubkan. Mereka menyediakan ruang yang ideal untuk beliau menjalankan programnya, di samping memenuhi keperluan keluarga terutamanya anak-anak kecilnya.

“Kemudahan di Sunway Resort Hotel juga sesuai untuk bekerja dan beriadah. Anak-anak Coach Elle menikmati masa yang menyeronokkan bermain di tepi kolam renang, sambil diawasi oleh kakitangan hotel. Penjagaan yang diberikan oleh kakitangan itu memberikan ketenangan fikiran kepada Coach Elle sambil fokus pada kerja.”

4. Banyak memori indah Edward Lauh di Taman Tema, Sunway Lagoon!

Hubungan Edward dengan Sunway menjangkau seumur hidup — daripada dilahirkan di sini hinggalah membesar dan menerima pendidikan. Banyak pengalaman meggembirakan dan memori indah yang mendorong Edward memilih untuk menjadi pencipta kandungan di Sunway Lagoon.

Macam yang korang tahu, Sunway Lagoon terkenal dengan gelongsor air, taman tema dan boleh buat aktiviti mesra keluarga. Kiranya Sunway Lagoon ni mempunyai tempat yang istimewa di hati ramai orang lah…

Itulah sebabnya Edward mempamerkan kegembiraan yang dibawa oleh taman tema ini kepada pengunjungnya melalui kandungan-kandungan yang dibuat olehnya. 

5. Alumni Sunway University, Jagadesan C. Mohan berpeluang mencapai impiannya bermula di pusat pendidikan ini! 

Sejak kecil, Jagadesan C. Mohan menyedari bahawa pendidikan adalah kunci kejayaan. Dengan sokongan Biasiswa Komuniti Sunway, beliau berpeluang mempamerkan keupayaannya kepada dunia.

Beliau berkongsi bahawa Sunway University bukan sahaja menyediakan pelajar dengan pengetahuan industri tetapi juga melengkapkan mereka dengan kemahiran yang mengubah mereka menjadi graduan yang mempunyai pekerjaan yang tinggi.

Mengimbas kembali perjalanan pendidikannya, beliau berkata, “Para pendidik sangat mesra dan memberi motivasi untuk saya memajukan diri sendiri.” Hari ini, Jagadesan menjalankan syarikat teknologi kesihatannya sendiri, MyHealerDoc.

Di samping usaha profesionalnya, beliau bermurah hati memberi kembali dengan membimbing pelajar IT dan menyumbang kepada Yayasan Jeffrey Cheah.

6. Alycia Wong merupakan salah seorang penduduk awal Sunway City Kuala Lumpur kira-kira 30 tahun lalu

Alycia Wong mengatakan bahawa beliau berasa Sunway bukan sahaja membina rumah yang selesa, malah menyediakan kawasan persekitaran yang mempunyai keselamatan yang terjamin dan juga ketersambungan yang memudahkan penduduk untuk kemana-mana.

Dengan pelbagai kemudahan yang ada, kawasan rumah ini memang satu tempat yang bagus untuk didiami.

Walaupun telah mengembara ke seluruh dunia, keluarga Alycia tetap merasakan rumah mereka adalah tempat yang paling indah.

Sunway berharap mereka dapat memberikan perkhidmatan dan inovatif yang terbaik untuk generasi yang akan datang!

Kalau nak tahu apa rancangan mereka bakal lakukan untuk generasi-generasi yang akan datang, boleh layari laman web mereka di SINI.