Sebelum ini, isteri kepada pelakon terkenal, Remy Ishak iaitu Ezza Yusof, enggan membuka mulut berhubung desas-desus dirinya sedang hamil seperti yang viral di media sosial sejak belakangan ini.
Artikel berkaitan: Isteri Remy Ishak Enggan Buka Mulut Dakwaan Sedang Hamil – ‘Tanya Suami Saya’
Artikel Berkaitan: Netizen Teruja Nampak ‘Baby Bump’, Remy Ishak & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata?
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Nafi Isteri Sedang Hamil, Mohon Doa Orang Ramai
Terbaru, teka teki berhubung perkara tersebut akhirnya terjawab apabila Remy Ishak mengesahkan isterinya kini hamil lima bulan.
Tak berniat nak rahsia
Menerusi laporan Harian Metro, Remy berkata dia tidak berniat untuk merahsiakan kandungan isterinya kerana mahu memastikan kehamilannya berjalan lancar dan kuat.
Kalau nak ikutkan hati, saya memang nak kongsikan berita gembira ini dari awal, tapi mengambil kira ini adalah kehamilan pertama jadi saya perlu pastikan kandungannya benar-benar kuat dan sihat.
Doktor pun ada maklumkan supaya saya tidak berkongsi perkara ini terlebih dulu, tapi kini semuanya sudah terjawab apabila isteri sudah melepasi trimester pertama.
Tambah Remy, dia sukar untuk mengungkapkan perasaan sewaktu isterinya memaklumkan sedang hamil.
Saya bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Satu perasaan yang diimpikan setiap lelaki yang sudah berkahwin.
Semoga bayi yang bakal dilahirkan sihat dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas doa kalian yang selama ini terus menunggu memandangkan ‘baby bump’ pun tak boleh nak sorok lagi.
Sumber: Harian Metro