berita

[VIDEO] Syahir Masih Tinggal Serumah Dengan Keluarga – ‘Saya Kena Rasional & Berfikir Lebih Matang’

October 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

syahir shila fd

Walaupun sedang berdepan dengan konflik keluarga, adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syahir memilih untuk tetap menjaga hubungan baik sesama mereka.

Artikel Berkaitan: Artikel Berkaitan: ‘Tetap Masuk Pertandingan Untuk Cari Rezeki’ – Netizen Sokong Shila & Syahir, Harap Menang Famili Duo 3

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dah Sampai Tahap Di Mana Kesabaran & Kehormatan Saya Dicabar’ – Shila Amzah

‘Keluarga tetap keluarga’

syahir shila fd

Ketika ditemui OhBulan! Syahir atau nama sebenarnya Amir Syahir Amir Amzah berkata dia sama sekali tidak memihak kepada sesiapa dan memilih untuk tidak campur tangan dalam isu keluarganya.

Saya bukan sahaja ada untuk kakak, sesiapa sahaja yang memerlukan, saya akan sentiasa ada tetapi saya kena jadi rasional dan berfikir lebih matang.

Saya pun tidak memilih mana-mana ‘side’, benda ini isu antara kakak dan lain-lain. Macam saya secara peribadi dengan yang lain-lain saya okay tak ada apa-apa isu.

Syahir turut menjelaskan bahawa dia kini masih tinggal sebumbung bersama ibu, abang dan adiknya namun banyak menghabiskan masa bersama Shila bagi persiapan persembahan untuk program Famili Duo yang sedang berlangsung.

Saya masih tinggal serumah dengan keluarga..dengan mak, abang dan adik saya tapi hujung minggu saya tinggal bersama kakak untuk fokus Famili Duo.

Saya tak ada apa-apa hak untuk bercakap tentang isu ini, tetapi hubungan saya dengan adik, kakak dan mak saya tetap ‘maintain’. Sebab saya masih pegang ‘keluarga tetap keluarga’.

Isu ini antara mereka, kalau saya cakap pun tak ada ke mana juga.

Syahir berkata demikian seusai selesai konsert minggu pertama Famili Duo musim ketiga pada malam Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun ini mengakui dia kurang berkomunikasi bersama ahli keluarga yang lain selepas isu rumah mereka kecoh diperkatakan.

Lepas sahaja kes itu saya hanya bercakap dengan Syada sahaja dulu, yang lain itu saya tak banyak bercakap sebab saya sibuk dengan program ini, saya banyak bersama Shila dari tinggal di rumah.

Terdahulu, kemelut antara adik beradik itu bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.

Tidak berdiam diri, Shila kemudian mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.

Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa Shila bertindak sedemikian kerana wang.

SKIP THIS AD ×