Penyanyi Syamel mencetuskan gelak tawa apabila berseloroh mahu menjadikan pentas Anugerah Juara Lagu ke-41 (AJL41) sebagai pertandingan ‘keluarga’.

Artikel Berkaitan: Syamel Nafi Dakwaan Bersentuhan Dalam MV, Hubungi Ernie Zakri Selepas Video Tular – ‘Saya Akan Lebih Berhati-Hati’

Artikel Berkaitan: Syamel Sudah Buat Sehabis Baik Untuk ‘Hamba Cinta’ – ‘Yang Terjadi Di Luar Kawalan Bidang’

Perancangan AJL-41

View on Threads

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Syamel mencadangkan agar persembahan AJL-41 dibuat antara ahli keluarga iaitu Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri termasuk dirinya.

Tambah Syamel, persembahan keluarga itu dapat mengurangkan tekanan serta rasa gementar ketika bertanding.

Awak (Ernie Zakri) boleh dua lagu. Jadi saya rasa untuk AJL 41, kita buat keluarga-keluarga kita saja.

Saya buatkan Pak Ngah (Anuar Zain) dua lagu. Awak buatkan Mak Long (Ziana Zain) dua lagu. Setiap seorang masuk dua lagu.

Peserta kita berempat. Kita tidak akan stres, tidak akan nervous. Bertanding empat orang saja.

Dalam pada itu, pelantun lagu Cukup Sekali berseloroh dengan mencadangkan barisan juri yang terdiri daripada Hael Husaini dan guru vokal mereka sendiri.

Bagaimanapun, Syamel sempat mengusik Hael kerana mendakwa penyanyi dan komposer itu mungkin cenderung memberikan kemenangan kepada Anuar Zain memandangkan minatnya terhadap penyanyi tersebut.

Tapi takut kalau panggil Hael, dia bagi Anuar Zain menang sebab dia suka Anuar Zain. Kita letak Hael dekat opening lah.

Sumber: Threads @athiiya.w