![[VIDEO] Syasya Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Kedua – ‘Alhamdulillah Secara Normal, Tiada Koyak & Epidural’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/syasya-12.jpg)
Penyanyi Syasya Rizal meluahkan rasa syukur atas kemudahan bersalin anak kedua dengan beberapa petua yang diamalkan sepanjang sembilan bulan.
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Selamat Bersalin Anak Kedua – ‘Allah Titipkan Lagi Satu Amanah Untuk Kami Jaga’
Artikel Berkaitan: ‘Sampai Satu Hari, Allah Buat Dia Rasa Hilang & Dalam Kehilangan Itu, Jumpa Diri Dia Semula’ – Syasya Rizal
Pengalaman bersalin anak kedua
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal berkongsi pengalaman melahirkan anak kedua seberat 3.57 kilogram (kg).
Saya nak cerita pengalaman bersalin overdue, 40 minggu.
Waktu saya serah diri, bukaan dah 2 sentimeter (cm).
Alhamdulillah, dalam masa 7 jam, bukaan daripada 2cm terus jadi 10cm.
Lahirlah seorang bayi perempuan, 3.57 kilogram (kg). Tiada koyak, tiada epidural dan secara normal.
Itu semua rezeki Allah mudahkan dan Allah bagi untuk bayi kedua.
Tips tak koyak semasa bersalin
Dalam pada itu, Syasya turut memberi beberapa petua yang diamalkan agar bukaan semasa bersalin tidak koyak.
Pertama, jalan banyak waktu mengandung.
Kedua, selawat masiyah. Saya tak hafal tapi saya dengar hari-hari.
Akhir sekali, doa Nabi Yunus. Rasa macam Allah angkat sikit sakit itu.
Selain itu, Syasya turut berterima kasih atas kehadiran suami, Nasrullah Mohd Sapie yang banyak menenangkan dirinya sepanjang kontraksi kuat.
Allah bagi peluang dia teman saya sepanjang proses bersalin. Setiap kali kontraksi kuat, dia akan ajak saya selawat sama-sama.
Sekadar info, Syasya selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 Disember, baru-baru ini.
Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan yang kini berusia setahun.
Sumber: TikTok @Mamasya2