Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengagumi pengorbanan yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon Didi Astillah terhadap keluarganya.

Artikel Berkaitan: Tertidur Selepas Joging Dengan Syed Saddiq, Netizen Kasihan Tengok Bella Tak Cukup Rehat – ‘Kasihan Dia Terlalu Penat, Asyik Kerja Je’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syed Saddiq & Bella Astillah Bukan Lagi Gimik Tapi Realiti’ – Shahida

Pendedahan Syed Saddiq

@kitsuimalaysia

Agreed dengan apa YB cakap. “Gandingan dua wanita besi dalam caranya tersendiri” and KITSUI proud of you both 🥺🤍🫂 #kitsui #BASS #BellaAstillah #SyedSaddiq

♬ original sound – Kitsui Malaysia – Kitsui Malaysia

Menerusi sebuah podcast, Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji kebolehan Didi dan kakaknya yang juga selebriti iaitu Bella Astillah kerana memiliki bakat dalam bidang seni sejak di bangku sekolah lagi.

Mama ada kongsikan sebelum ini pasal Didi, semasa awak berdua masih kecil.

Netizen pun banyak berkongsi video-video awak berdua menari dan menyanyi.

Di usia yang sangat muda, awak berdua sangat berbakat.

Paling menarik adalah apabila Saddiq mengetahui tentang pengorbanan yang dilakukan Didi demi memastikan Bella mendapat ilmu yang bermanfaaat.

Tapi mama ada beritahu, sebenarnya melalui pekerjaan yang Didi lakukan ketika kecil, hasil duit itulah yang diguna pakai untuk bantu Bella fokus belajar dan tolong keluarga.

Orang perlu tahu tentang perkara ini, itulah gandingan dua wanita besi dalam caranya tersendiri.

Pengorbanan Didi

Dalam masa yang sama, Bella turut mengakui perkara tersebut dan memberitahu bahawa Didi tidak pernah berhenti daripada melakukan pekerjaan dari usia muda hingga sekarang.

Saya dengan Didi sangat berbeza. Didi pernah bekerja dari kecil dan dia tak pernah berhenti.

Saya pula, pernah berhenti sekejap sebab nak fokus belajar dan kehidupan saya sangat memenatkan ketika kecil. Saya sekolah, tuisyen dan pergi mengaji.

Yang bayar tuisyen dan mengaji itu semua duit Didi, sebab dia yang pergi penggambaran.

Sumber: TikTok Kitsui Malaysia