berita

[VIDEO] ‘Tak Ada Cacat!’- Adira & Emma Suhaimi Buka Panggung Final FD3 Dengan ‘Standing Ovation’ Daripada Juri

December 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pasangan duo adik beradik, Adira dan Emma Suhaimi membuka pentas final Famili Duo musim ketiga dengan markah perfect 10 daripada pihak juri.

Artikel Berkaitan: Ariff Bahran Hilang 9KG Selepas Sertai Famili Duo 2023 – ‘Saya Nak Dapatkan Stamina Menyanyi Atas Pentas’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Famili Duo 3: Haqiem Rusli & Ariff Bahran Dapat Markah Perfect 10! Mas Idayu Siap Ajak Duet

Juri puas hati

Membawakan tema duet popular pasangan adik beradik itu mempersembahkan lagu Bang Bang nyanyian asal Ariana Grande, Jessie J & Nicky Minaj telah menambat hati juri pada malam ini.

Ajai menyifatkan persembahan mereka sangat sempurna tanpa cacat cela selain susunan vokal yang mantap.

Awak bagi rasa itu yang paling penting. Rasa dalam nyanyian. Tak ada cacat!

Saya suka vokal arrangement, dua-dua mainkan peranan utama. Saya dapat rasakan.

Sementara itu, Mas Idayu pula berpuas hati dengan persembahan mereka yang bertenaga dan menjiwai lagu tersebut dengan penuh emosi.

Kalau rendah markah awak kitalah (juri) yang cacat. Lagu ini penuh berkarakter, energi yang paling saya suka, pengawasan pentas bagus. Awak plan dengan bagus.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

SKIP THIS AD ×