berita

[VIDEO] ‘Tak Ada Sivik Punya Budak!’ – Remaja Buli Warga Tua Akhirnya Kena ‘Ceramah’ Orang Kampung

May 13th, 2019 | by faris
Video Popular

Sebagai orang yang lebih muda, kita dituntut menghormati warga tua walaupun tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka. Adab dan sopan santun masyarakat Timur menekankan perkara ini sehingga wujud kata-kata ‘Yang tua dihormati, yang muda disayangi’.

Lain pula kisahnya dalam satu kejadian di Sijangkang, Selangor, Ahad lepas yang menunjukkan sekumpulan remaja membuli seorang warga emas.

Video dirakam salah seorang kumpulan remaja

Dalam satu video yang viral di Facebook itu, sekumpulan remaja belasan tahun dirakam membuli seorang lelaki pertengahan usia dengan mengacah-acah mahu menumbangkan motosikal lelaki terbabit. Ketika warga emas berkenaan berada berhampiran motornya, kenderaan itu dihempas namun berjaya disambut pemiliknya.

Salah seorang pelaku turut mahu menelangkupkan bekas plastik di kepala warga emas itu. Menambah kemarahan, kepingan kotak turut dilontar ke arah lelaki itu namun berjaya dielaknya.

Sekampung jadi saksi

Tidak sampai beberapa jam, kumpulan remaja nakal terbabit akhirnya dicekup dan dibawa ke rumah warga emas berkenaan. Kedengaran suara lelaki muda yang menjerit memarahi tindakan remaja itu yang kemudiannya disambut dengan permohonan maaf mereka.

Orang kampung membanjiri perkarangan rumah keluarga lelaki itu untuk melihat apa yang berlaku. Anak saudara mangsa, Leah menerusi Twitter memaklumkan kes sudah selesai dengan kesemua remaja terbabit dibawa ke rumah lelaki itu sebelum dibawa ke balai polis untuk laporan.

Sumber: Mohd Hairi Mharryz

SKIP THIS AD ×