berita

[VIDEO] Tak Boleh Bawa Pergi Tempat Kerja, Ibu Bapa Tinggal Anak 3 Tahun Dalam Tangki Air Sedalam 5 Kaki

June 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila ibu bapa tirinya dipercayai tergamak meninggalkannya sendirian di dalam tangki air sedalam lima kaki.

Tinggal anak dalam tangki air

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, kanak-kanak malang itu berjaya diselamatkan dari tangki air oleh polis Mexico pada Isnin lalu. Menurut sumber, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada salah seorang jiran yang mendakwa mendengar suara anak kecil menangis ketakutan dan menjerit meminta pertolongan.

Video pendek itu memaparkan anggota polis menuju ke laman belakang rumah di mana tangki air setinggi lima kaki itu berada. Setelah itu, polis menjenguk ke dalam tangki itu terlebih dahulu dan ternyata memang benar terdapat kanak-kanak di dalamnya. Mereka kemudian perlahan-lahan menurunkan tangki air itu ke bawah. Difahamkan, mangsa telah terperangkap selama 15 minit sebelum diselamatkan.

Mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan memaklumkan bahawa dia telah ditinggalkan sendirian oleh ibu bapanya. Menurut sumber, mangsa sempat mengambil mainannya yang dianggap sebagai peneman sewaktu dia terperangkap dalam tangki tersebut sebelum pihak polis membawanya pergi.

Ibu bapa tiri ditahan bantu siasatan

Foto: Maria Lucila dan suami, Javier (Daily Mail)

Hasil siasatan mendapati mangsa kini berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan pada badan. Susulan daripada itu, ibu dan bapa tiri mangsa iaitu Maria Lucila dan Javier telah ditahan polis setibanya mereka di rumah. Kedua-dua mereka didakwa atas tuduhan keganasan rumah tangga selain dikenakan RM1,000 ($245) sebagai ikat jamin.

Semasa soal siasat, mereka mengaku telah meninggalkan kanak-kanak itu kerana tidak dapat membawa anak mereka bersama ke tempat kerja. Difahamkan, agensi perlindungan kanak-kanak tempatan akan bertanggungjawab menjaga kebajikan kanak-kanak itu sehingga tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap ibu dan bapa tirinya selesai.

Video


Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×