berita

[VIDEO] Tak Merempit, Cara Pelajar ‘Celebrate’ Tamat SPM Dengan Doa & Sujud Syukur Terima Pujian

November 29th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Viral di media sosial sekumpulan pelajar yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meraikan ‘kebebasan’ mereka di jalan raya dengan menaiki kereta dan motosikal. Bagaimanapun, tindakan yang mengundang bahaya di jalan raya itu telah dilaporkan ke pihak berkuasa.

Berbeza pula dengan pelajar-pelajar di SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani di Kedah meraikan situasi tersebut dengan berdoa dan sujud syukur di dalam dewan peperiksaan tarik perhatian netizen.

Sujud syukur selesai menjawab SPM

Video-video yang dikongsi menerusi laman Facebook Farhaan Rahmat ini menyaksikan sekumpulan pelajar termasuk lelaki dan perempuan sujud syukur tamat peperiksaan terakhir SPM, tempoh hari.

Farhaan Rahmat turut meluahkan agar perkara ini boleh dijadikan sebagao contoh buat calon-calon SPM yang mendatang.

Inilah cara tamat peperiksaan yang kita sebagai rakyat Malaysia mahukan!!!! Salah satu video yang Abang An terima dari salah seorang pelajar SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah selepas tamat kertas SPM terakhir mereka.

Sujud syukur selepas tamat paper terakhir. Ada bacaan doa memohon Allah memberkati usaha mereka dan memberikan keputusan yang terbaik.

Moment macam ni boleh dijadikan satu contoh kepada yang nak ambil SPM pada masa akan datang. SPM sepatutnya ditamatkan dengan cara yang lebih beradab dan tidak malampaui batas norma masyarakat & agama. Mohon KPM ambil serius isu ini. Please…

Bacaan doa memohon diberkati

Kelihatan calon SPM ini turut membaca doa untuk dipermudahkan urusan mereka dalam menghadapi peperiksaan terakhir. Bacaan doa ini turut disertai oleh guru dan diketuai pelajar lelaki.

Momen yang patut dijadikan contoh

Malah, pelajar-pelajar dan guru di sekolah ini turut membaca doa sebelum dan selepas mereka menghadapi peperiksaan yang bermakna di tahap sekolah menengah itu. Rata-rata memuji akan tindakan pelajar di sekolah ini dan berharap ianya menjadi teladan serta contoh terbaik buat calon SPM akan datang.

Sejuk mata memandang

Sumber: Farhaan Rahmat

SKIP THIS AD ×