berita

[VIDEO] Tak Tahan Sangat Lah Tu! Wanita Terberak Di Lantai Kafe, Pelanggan Nyaris Tergelincir Terpijak Najis

July 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  sebuah kafe merakamkan detik menjijikkan, di mana kelihatan satu ketulan yang dipercayai najis terjatuh di lantai daripada pakaian seorang wanita.

Terpijak najis di lantai restoran

Video yang dikongsikan di TikTok Oppglobalmemes itu memaparkan seorang wanita memasuki sebuah kafe dalam keadaan tergesa-gesa dan terus menuju ke bahagian belakang premis berkenaan. Lebih mengejutkan apabila melihat terdapat satu ketulan terjatuh dari skirt yang dipakai wanita itu ketika berjalan ke kafe berkenaan. Rupa-rupanya ketulan itu dipercayai merupakan najis wanita berkenaan.

Tidak lama selepas itu, kelihatan seorang pelanggan lelaki yang memakai baju berwarna merah memasuki premis berkenaan dan hampir tergelincir akibat terpijak najis yang terdapat di lantai itu. Iindividu yang memuat naik video tersebut memberitahu ‘Oh, itu najis, lelaki itu baru terpijak najis”.

Memetik laporan Daily Star, video tersebut dipercayai dirakam pada tahun 2015 namun ianya baru tular selepas dimuat naik di TikTok. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui jijik dan geli melihat momen berkenaan. Ada di antara mereka tertanya-tanya bagaimana wanita tersebut tidak sedar najis terjatuh dari pakaiannya itu. Malah mereka beranggapan kemungkinan wanita itu sudah tidak tahan untuk membuang air besar dan disebabkan itu dia tergesa-gesa memasuki kafe berkenaan.

Video

Respon netizen

Sumber: Daily Star, TikTok Oppglobalmemes

SKIP THIS AD ×