Nama Khalid Jamlus, bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia menjadi buah mulut orang ramai selepas ceritanya melelong kasut emas melalui live Facebook tersebar. Terbaru, Khalid sekali lagi menjadi perhatian apabila caranya menjawab soalan wartawan ketika satu sidang media semalam menjadi kritikan netizen.
Sikap Khalid keterlaluan
Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal mengambil inisiatif bertemu Khalid Jamlus menerusi sidang media.
Walaubagaimanapun, bukan pertemuan itu yang menjadi tumpuan, tetapi sikap Khalid menjawab soalan wartawan dengan cara sarkastik itu menjadi kritikan warganet.
Attitude kelaut
Untuk tatapan peminat bolasepak tanahair. Views at your own risk. pic.twitter.com/cMzxc8GBbU
— E (@E_Blackbeard) July 8, 2020
Ramai menganggap sikapnya itu agak keterlaluan apabila soalan berkaitan jawatan yang ditawar kepadanya mengundang pelbagai reaksi bagi yang menonton sidang tersebut.
Perkara ini membuatkan netizen berasa menyampah dengan gaya pertuturannya yang acuh tak acuh itu. Ramai meninggalkan komen di laman Twitter milik E_Blackbeard yang memuat naik potongan sedutan sidang media tersebut.
Bukan kerja hina pun
Hilang respect aku
Kau punya bongkak
Tak perlu nak berlagak
Sumber : E_blackbeard