berita

[VIDEO] ‘Takut Dipandang Serong’ – Datuk Red Gementar Pulang Beraya Di Kampung Adira Suhaimi, Syukur Terima Banyak Sokongan

April 18th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red berkongsi pengalaman beraya tahun ini di kampung isteri kedua di Kuching, Sarawak.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Adira Salam Datuk Red Minta Berkat Sebelum Ke Umrah, Netizen Doa Tak Jadi Berpisah – ‘Harap Jumpa Jawapan Di Makkah’

Artikel berkaitan: Datuk Red Mahu Jadi Ketua Keluarga Bertanggungjawab, Enggan Harap ‘Gift’ TikTok Sebagai Punca Pendapatan

Pulang beraya di Kuching, Sarawak

Menerusi perkongsian di TikTok Majalah Wanita, dia akui gementar untuk pulang ke kampung Adira kerana memikirkan musibah yang menimpa dirinya.

Alhamdulillah raya tahun ini di Kuching, Sarawak bersama dengan keluarga Adira dan ibu mentua pun ada sekali.

Saya bukan fikir tempat beraya itu cuma kenangan di sana yang membuatkan raya tahun ini lain macam sikit.

Sangkaan saya masa nak pulang beraya ke Kuching tu saya gementar juga takut ahli keluarga akan pandang serong dekat saya ibarat saya dah menconteng arang tapi Alhamdulillah mereka sokong saya. Itu yang paling terharu buat saya.

Adira banyak beri sokongan

Malah, dia bersyukur dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anak mereka.

Adira pun beri sokongan pada saya. Dia kata andai kami jodoh tidak panjang, dia tetap beri sokongan pada saya untuk kembali semula sebagai seorang suami dan ayah.

Alhamdulillah dalam tiga minggu ini, dah nampak perubahan sebagai suami dimana nafkah saya dapat tunaikan. Tugas saya yang selama ini diabaikan, saya dapat jalankan dan di situlah kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan.

Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

Sebelum itu, Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Untuk rekod, Datuk Red mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×