berita

[VIDEO] ‘Tahun Ini Raya Lain Sikit, Jaga Mummy & Adik-Adik Tau’ – Datuk Red Titip Pesanan Untuk Anggrek

April 5th, 2024 | by Alia
Kini Trending

anggrek

Sebelum ini, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu pernah menyatakan hasrat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama kedua-dua isterinya dan anak-anak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diasak Selesaikan Hutang, Datuk Red Minta Semua Bersabar – ‘Mana Ada Dalam Seminggu Orang Nak Bagi Saya 10 Juta’

Artikel Berkaitan: Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak Untuk Kali Terakhir Sebagai Suami’ – Datuk Red

Raya berbeza

anggrek

Menerusi iklan sebuah jenama makanan terkenal, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dilihat sedang berbual-bual bersama anak perempuannya, Anggrek.

Papa, bila nak raya sama-sama?

Datuk Red kemudian membalas pertanyaan anaknya dengan menyatakan bahawa sambutan hari raya tahun ini berbeza untuk keluarga mereka.

Kakak, tahun ini raya lain sikit tau, pasal papa work.

Kanti kalau papa dah okay, papa bawa kakak dan adik-adik, kita pergi jalan-jalan..makan-makan.

Dalam masa yang sama, Datuk Red menitipkan pesanan buat Anggrek supaya menjaga ibu dan adik-adiknya.

Sementara itu, kakak jaga mummy dengan adik-adik tau. I love you.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak mampu menahan sebak melihat momen dua beranak itu.

Mereka juga mengharapkan agar Datuk Red dan Adira dapat bersatu kembali dan membatalkan hasrat untuk bercerai.

Sedih tengok, tersentuh gila iklan ni.

Anak tak tahu apa-apa, bila dah tahu mak ayah nak berpisah mesti dia akan sedih.

Didoakan semoga mereka bersatu semula. Amin.

Terdahulu, Datuk Red mengenepikan perasaan malu dengan gigih mencari pekerjaan setelah mendedahkan bahawa dirinya telah diisytiharkan muflis dan menanggung hutang yang banyak.

Dalam perkembangan lain, Adira dan Datuk Red gagal mencapai kata sepakat menerusi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraian mereka.

Dalam prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

Pada 25 Oktober lalu Adira memfailkan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.

Manakala isteri pertamanya, Datin Red turut memfailkan penceraian pada Januari lalu. Mereka juga dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.

@pakmatwestern

Sebak pula tengok Dato Red jemput anak depan rumah Adira..? @abg red #fyp #foryou

? original sound – pakmatwesterncafe – pakmatwesterncafe

Sumber: TikTok Pak Mat Westen

SKIP THIS AD ×