berita

[VIDEO] Tampil Anggun Bertudung, Nurul Shamsul Raih Tempat Ke-5 Miss Universe New Zealand

August 5th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Nurul Shamsul telah mencipta sejarah sebagai peserta berhijab pertama berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik New Zealand. Acara kemuncak itu telah berlangsung kira-kira pukul 4 petang Sabtu (8 malam waktu New Zealand) dan turut dihadiri keluarga bagi memberi sokongan.

Artikel berkaitan: ‘Mereka Fikir Peserta Perlu Pakai Bikini, Jawapan Saya…’ – Finalis Ratu Cantik New Zealand

Gadis kelahiran Malaysia ini telah layak melangkah masuk ke Top 5 sekali gus merangkul tempat ke-5 Miss Universe New Zealand 2018. Tahniah!

Penampilan anggun Nurul

Layak ke top 10

Top 5 dan mendapat tempat ke-5

Anak sulung daripada tiga beradik ini telah pendek sebagai salah seorang 20 finalis bagi pertandingan berprestij itu dan satu-satunya peserta Asia, beragama Islam dan bertudung. Sementara itu, peserta Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018 dan akan mewakili negara bagi pertandingan Miss Universe ke-67 di Bangkok, akhir tahun ini.

Sumber: Pageant Indonesia

SKIP THIS AD ×