Nama selebriti terkenal, Neelofa sememangnya tidak pernah kering daripada menjadi bualan di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Tersinggung, Netizen Tak Hormat Sebagai Ibu – ‘Kenapa Nak Jadi Yang Pertama Sebar Gambar?’
Artikel Berkaitan: ‘Haris Sangat Pentingkan Adab Dan Akhlak’ – Neelofa Kongsi Kemanisan Berumah Tangga
Bila mata berbicara
@ismiii_liyanaa Yang tertutup itu indah, yang patuh itu bersyariah :) #fyp #festivalsunnah2022 #neelofa #idola ? Turkish mashup – Turkish speedsongs >>>
Terbaharu, seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah video yang menampakkan bahagian mata Neelofa.
Dalam rakaman tersebut, Neelofa, 33, mengenakan sepersalinan pakaian berwarna coklat keemasan bersama solekan minimalis.
Pemilik akaun itu menulis kapsyen ringkas iaitu, ‘Yang tertutup itu indah, yang patuh itu bersyariah.’
Macam dah terbalik pula
Bagaimanapun, di ruangan komen, terdapat seorang netizen yang mempersoalkan tujuan isteri kepada Haris Ismail berpurdah kerana penampilan itu telah menarik perhatian orang ramai.
Namun, ada juga peminat yang memohon untuk berhenti mencari ‘cacat cela’ bekas hos program MeleTOP sekaligus mencontohi kebaikan yang dilakukan.
Di samping itu, rata-rata warganet memuji kacantikan yang dianugerahkan kepada pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor biarpun tertutup dengan niqab.
Sebelum ini, Neelofa mengakui dirinya masih banyak kelemahan dan tidak sempurna selepas dibandingkan dengan bekas pelakon, Diana Amir.
Sumber: TikTok @ismiii_liyanaa