berita

[VIDEO] Tarian ‘Baby Shark’ Versi Sharnaaz & Jebat Jayden Buat Netizen Terhibur. Siap Lompat Lagi!

June 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gelagat comel anak lelaki kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden ini sentiasa mencuit hati netizen tatkala mereka melihatnya. Jika sebelum ini, Sharnaaz memuat naik video Jebat menyanyi bersamanya di dalam kereta. Kini, pelakon ‘Juvana’ tersebut memuat naik video Jebat menari bersamanya pula. Cutenya!

Artikel berkaitan: [VIDEO] Lepas ‘Can Mali Can’, Jebat Jayden Hadiahkan PU Riz Lagu Happy Birthday. Comel Sungguh!

Artikel berkaitan: [VIDEO] Gelagat Jebat Jayden Nyanyi ‘Can Mali Can’ Buat Netizen Cair, Semangat Betul ‘Hoi Hoi’ Dia Tu!

Anak dengan baba menari

Menerusi video berdurasi 1:52 saat, Jebat kelihatan seronok menari ketika lagu ‘Baby Shark’ dimainkan. Pada masa yang sama, Sharnaaz turut menari bersama anaknya. Lebih kelakar, Sharnaaz turut memberi ‘goggles’ kepada Jebat ketika anaknya itu sedang menari. Wajah Jebat juga jelas terpancar kegembiraan sepanjang lagu tersebut dimainkan. Sharnaaz turut melompat bersama Jebat sambil berpegangan tangan apabila lagu tersebut semakin rancak.

Sisi lain Sharnaaz

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak itu menari. Menurut netizen, kehadiran Jebat dalam hidup Sharnaaz ternyata mengubah segalanya. Netizen turut berharap, Sharnaaz akan memuat naik lebih banyak video ‘comel’ Jebat di media sosial selepas ini.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×