Ahli kumpulan Forteen iaitu One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifuddin memaklumkan bapa tercintanya telah pulang ke rahmatullah, beberapa hari yang lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Hubungi Izzue & Berbincang Secara Baik’ – One Forteen

Al-Fatihah

@oneforteen14 Mungkin ramai yang tak tau ayah one telah meninggal kan one n family selamanya beberapa hari lepas… ini ayah yg terbaik kami… yg bertungkus lumus membesarkan kami biarpun susah senang.. terima kasih abah telah menjaga kami sepanjang kami di dunia… abah dah tak perlu tahan sakit dan ke hospital lagi lepas ni.. semoga abah tenang disana… amin… al-fatihah.. #fyp @TikTok LIVE MY ? suara asli – mils

Menerusi TikTok, One dilihat memuat naik video memaparkan beberapa memori bersama termasuklah momen sepanjang arwah bapanya itu mendapatkan rawatan di hospital.

Luah One, dia bersyukur kerana mendapat seorang ayah yang sentiasa berjuang dalam membesarkannya sekeluarga.

Mungkin ramai yang tak tahu ayah One telah meninggalkan One dan keluarga selamanya beberapa hari lepas.

Ini ayah yang terbaik kami, yang bertungkus lumus membesarkan kami biarpun susah senang.

Terima kasih abah telah menjaga kami sepanjang kami di dunia.

Di akhir hantaran, pelantun lagu ‘Berdua Bersatu’ menitipkan doa agar roh arwah bapanya tenang dan dicucuri rahmat.

Abah dah tak perlu tahan sakit dan ke hospital lagi lepas ni, semoga abah tenang disana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang sedih dengan pemergian bapa kepada One.

Komen netizen

Sumber: TikTok One Forteen