Peguam dan juga personaliti media sosial, Tun Laila meluahkan rasa terharu dengan kebaikan suaminya, Amir Haiqal.

Artikel Berkaitan: Tun Laila Selamat Bergelar Isteri, Terima Mas Kahwin RM13,800

Artikel Berkaitan: Tun Laila Selamat Bertunang – ‘Kepada Bakal Suami, Awak Anugerah Terindah Yang Allah Berikan’

Naik kerusi roda 

@yarafaee

dear sayang, Allah sahajalah yang tahu betapa sabarnya awak melayan sakit saya. menggigil saya demam seusai masuk ke bumi Madinah, berkira-kira larat tak nak masuk ke Raudah. sayang kata “pakai wheelchair nak?” berat hati saya nak susahkan jemaah lain tapi Alhamdulillah, ada Kak Diya sudi tolakkan. perasaan dalam Raudah tahun ini, berbeza dari tahun lepas. tahun ni selesa dan luas untuk saya sebab saya dengar kata suami saya untuk pakai wheelchair. keluar Raudah saya menangis, tak sangka umrah tahun lepas Bapak pakai wheelchair, tahun ni saya pulak. tengok pemandangan Masjid Nabawi yang tenang, sejuk dan cantik, tahu saya tak boleh lama lama di situ. terima kasih sebab pilih saya jadi isteri, terima kasih sudi jadi imam saya sepanjang saya tak larat turun ke masjid. terima kasih sebab jaga saya sepanjang perjalanan Umrah kita, dari Taif Mekah dan Madinah. terima kasih untuk semua kebaikan sayang yang lepas, dan yang mendatang. dan terima kasih sebab buat saya senyum walaupun saya tengah menangis. semoga syurga tertinggi untuk sayang, suami saya. #CapCut

♬ original sound – 3105×24 – 3105×24

Menerusi perkongsian di TikTok, Tun Laila berkongsi bahawa dia terpaksa menggunakan kerusi roda ketika berada di Madinah berikutan keadaan kesihatannya yang kurang baik.

Menurut Tun Laila, Amir yang mencadangkan supaya dia menggunakan kerusi roda selepas melihat dirinya tidak mampu menahan kesakitan.

Allah sahajalah yang tahu betapa sabarnya awak melayan sakit saya. Menggigil saya demam seusai masuk ke bumi Madinah, berkira-kira larat tak untuk masuk ke Raudah.

Sayang kata “pakai wheelchair nak?” berat hati saya nak susahkan jemaah lain tapi Alhamdulillah, ada Kak Diya sudi tolakkan.

Perasaan dalam Raudah tahun ini, berbeza dari tahun lepas. Tahun ni selesa dan luas untuk saya sebab saya dengar kata suami saya untuk pakai wheelchair. Keluar Raudah saya menangis, tak sangka umrah tahun lepas bapak pakai wheelchair, tahun ni saya pula. 

Tengok pemandangan Masjid Nabawi yang tenang, sejuk dan cantik, saya tahu tak boleh lama-lama di situ.

Dalam masa yang sama, Tun Laila turut menghargai Arif yang sentiasa membantu dirinya ketika berada dalam keadaan yang sukar sepanjang mengerjakan umrah.

Terima kasih sebab pilih saya jadi isteri, terima kasih sudi jadi imam saya sepanjang saya tak larat turun ke masjid. Terima kasih sebab jaga saya sepanjang perjalanan Umrah kita, dari Taif Mekah dan Madinah. Terima kasih untuk semua kebaikan sayang yang lepas dan yang mendatang.

Terima kasih sebab buat saya senyum walaupun saya tengah menangis. Semoga syurga tertinggi untuk sayang, suami saya.

Untuk info, Tun Laila selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya yang juga seorang Timbalan Pendakwa Raya itu pada 8 November lalu.

Dalam majlis pernikahan mereka, Tun Laila menerima RM13,800 sebagai mas kahwin.

Sumber: TikTok Tun Laila