Seorang pemuda meluahkan rasa teruja dan tidak mampu menahan sebak ketika penyanyi, Zamani diumumkan sebagai salah seorang peserta ‘hot seat’ di pentas Gegar Vaganza 10 pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Tidak Mahu Bersangka Buruk, Zamani Tolak Dakwaan Pentas GV Ada Kisah Mistik Sendiri
Artikel Berkaitan: GV10: Jihan Kembali Bergabung Dengan Nabil & Elly Mazlein! Ezad Lazim, Zamani Antara 6 Peserta ‘Hot Seat’
Menangis kegembiraan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda tersebut mengakui bahawa dia berasa terharu sehingga mengalirkan air mata ketika menonton persembahan Zamani.
Aku tak tahu, sumpah dia macam tiba-tiba tapi bila dapat tahu Zamani masuk untuk ‘hot seat’ aku menangis.
Aku menangis sebab..tak tahulah dia macam ‘heart breaking’, faham tak? Padahal Zamani je kot dapatkan ‘hot seat’.
Aku tak tahu kenapa tapi aku sedih, aku rasa emosi aku tak stabil. Tapi aku harap kalau Zamani tak menang pun tak apa, aku boleh dengar lagu dia..setiap minggu aku boleh dengar suara dia.
Dalam pada itu, dia turut memuji penyanyi berusia 52 tahun tersebut kerana mempersembahkan nyanyiannya dengan cara yang tersendiri.
GV semalam (Ahad) Zamani bawa lagu Langkah Seiringan lagu tu lagu kumpulan Exist tapi dia telah ‘diSlamkan’, jadi sedap gila!
Siapa yang layan lagu-lagu lama dia akan fahamlah.
‘Aura Zamani’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga gembira dan sebak apabila Zamani muncul kembali sebagai salah seorang peserta.
Mereka juga mengakui bahawa pelantun lagu Gerimis Mengundang itu mempunyai aura yang sangat berbeza sejak dari dahulu lagi.
Sekadar info, Zamani turut mendapat undian tertinggi dalam kalangan enam peserta ‘hot seat’ yang terdiri daripada Tomok, Nikki Palikat, Suki Low, Liza Hanim dan Ezad Lazim.
@zxlhxkxm7 sorry la kita kekdg taste org tua? #gv10 #gegarvaganza #gvallstar
Sumber: TikTok