berita

[VIDEO] Tersentuh Hati.. Duit Tinggal RM2, Warga Emas Murah Hati Pinjamkan Duit Isi Minyak Motosikal

August 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Rezeki tak pernah salah alamat dan itu mungkin perumpamaan paling tepat untuk seorang warga emas yang sedang dalam kesusahan namun memilih untuk menghulurkan pertolongan.

Artikel Berkaitan: Geram Suami Banyak Beli Jam Masa Live, Wanita Rayu Peniaga Jangan Jual – ‘Nama Dia Zakuan’

Motosikal habis minyak

Berdasarkan perkongsian satu video di Tik Tok, seorang gadis mendedahkan dia dilanda kesusahan selepas motosikal yang dinaikinya kehabisan minyak ketika membuat khidmat penghantaran di sekitar daerah Bentol di Tawau, Sabah.

Secara kebetulan, pengguna yang menggunakan akaun fitry.care terserempak dengan seorang warga emas yang bekerja sebagai penjaga lori. Lantas, warga emas tersebut terus menanyakan mengenai keadaan motosikal.

Sedang gadis itu bercerita, pakcik yang sudah lanjut usianya memberitahu dia kurang memahami disebabkan mempunyai masalah pendengaran jadi perlu memakai alat pendengarannya yang disimpan dalam poket.

Ada RM2 untuk beli kuih

@fitry.careWalaupun duit beliau tinggal Rm 2 ,beliau masi mau membantu saya ?#tawau #peduli #sabah? bunyi asal – Fitry.care

Gadis ini menyuarakan hasrat untuk meminjam wang sebanyak RM2 dan berjanji akan membayarnya semula. Tidak berfikir lama, warga emas tersebut menghulurkan dan menyatakan itu sajalah wang yang dimilikinya.

Katanya lagi, dia ingin menggunakan duit tersebut untuk membeli kuih pada awalnya bagaimanapun memilih untuk membantu gadis tersebut.

Selepas itu, gadis itu datang semula bagi membayar hutang lalu dihulurkan RM100 kepada pakcik itu.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 170,000 tanda suka dan lebih 5,000 komen.

 

Sumber: Tik Tok @fitry.care

SKIP THIS AD ×