berita

[VIDEO] Thalia Baiduri Disyaki Hidap Kanser? Menangis Difitnah Sakit Sebab Produk – ‘Mak Saya Penghidap Kanser’

April 4th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Thalia Baiduri

Usahawan selebriti dan pelakon, Datin Thalia Baiduri, 37, dilaporkan sedang ditahan di dalam wad sebuah hospital selepas disyaki menghidap kanser.

Artikel Berkaitan: Thalia Baiduri Mengaku Baca ‘Jampi’ Ketika Sediakan Makanan Suami – ‘Kena Tundukkan Dia, Saya Tahu Dosa Pahala’

Artikel Berkaitan: Talia Belanja Dua Motosikal Jenama Benelli Sempena Kempen Ramadan Raya

Disyaki hidap kanser

Thalia Baiduri

Menurut Thalia, keputusan ujian imbasan yang dilakukan untuk mendiagnos kanser akan diketahui dalam tempoh masa tiga hari.

Justeru, Thalia memohon orang ramai mendoakannya agar kembali sihat seperti selalu.

Saya terima apa saja kemungkinan dan saya anggap ini ujian Ramadan buat saya.

Keputusan sebenar Insya-Allah akan diketahui dalam tiga hari lagi. Doktor dah lakukan semua ujian.

Minta doakan kesihatan saya, semoga diberikan kesembuhan daripada segala penyakit yang memudaratkan.

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram, ibu kepada empat cahaya mata itu meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar berhubung sakitnya.

Menurut Thalia, berkemungkinan sel-sel kanser di dalam badannya menjadi aktif disebabkan ibunya juga seorang penghidap penyakit kanser.

Kepada orang di luar sana yang belum mengenali saya, tiba-tiba komen ‘sakit ni sebab minum produk sendiri lah’, hati hati dalam setiap perkataan kita lontarkan.

Terkadang satu perkataan sahaja boleh mengguris hati orang. Lagi pula orang yang sakit emosinya tak stabil.

Bagi followers saya mungkin ramai yang dah tahu background family saya yang mana mak saya ialah penghidap kanser. Jadi sel-sel kanser ini boleh ada disebabkan keturunan.

Jangan pula menyalahkan orang sana, orang sini, produk itu, produk ini. Berhenti menyalahkan apa-apa dan minta doakan kesihatan saya.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Seindah Sakura itu dilihat mengalirkan air mata ketika berkongsi perkara tersebut kepada pengikutnya di media sosial.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Thalia baiduri (@thaliabaiduri)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×