berita

[VIDEO] Thalia Baiduri Syukur Berjumpa Semula Dengan Bapa Selepas 30 Tahun Berpisah – ‘Dapat Cium Tangan Papa, Tiada Rasa Dendam’

March 15th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Thalia

Usahawan dan pelakon, Datin Thalia Baiduri meluahkan rasa syukur apabila dapat berjumpa kembali dengan bapanya selepas 30 tahun berpisah.

Artikel Berkaitan: Dikecam Beri Telefon Pada Bayi, Madammu Jawab – ‘Anak Saya Semua Belajar Inggeris Dalam Handphone, Jangan Pukul Rata’

Pertemuan selepas 30 tahun

Thalia Baiduri

Menyifatkan pertemuan semula itu sebagai kurniaan terbesar dalam hidup, Thalia berkata dia mahu terus berbakti kepada lelaki yang dihormati dalam hidupnya itu.

Alhamdulillah Ramadan kali ini saya dapat cium tangan papa dan jumpa dia sebelum kita berpuasa.

Bagi saya sebagai anak sementara kita ada peluang lebih baik jangan buang masa dan gunakan sebaik mungkin.

Thalia atau mesra dengan sapaan Bunda Lia turut berkongsi momen bertemu dengan bapanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Thalia yang juga kakak kepada usahawan Madammu itu berkata, dia tidak langsung menyimpan perasaan dendam atas apa yang pernah berlaku. Sebaliknya, menganggap perpisahan selama 30 tahun itu sebagai sebuah takdir yang sudah tertulis.

Dia yang juga pengusaha perniagaan produk kecantikan Dolly Milk dan fesyen jenama Talia melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang berjumpa dengan figura seorang bapa di saat masing-masing masih bernyawa.

Tidak perlu ada rasa dendam apa yang berlaku biarkan berlalu, kita anak-anak kena berusaha berbakti kepada orang tua kita. Bila jumpa papa, nampak senyuman papa juga sudah buat hati saya lega dan tenang.

Jangan abaikan ibu bapa

Thalia Baiduri

Bercerita lanjut, Thalia berkata dia sudah kerap berhubung dengan bapanya selepas pertemuan semula pada Januari lalu dan sering bertanya khabar antara satu sama lain.

Pelakon drama Cinta Dalam Hati itu juga berpesan kepada orang ramai, meskipun sibuk dengan urusan kerja, namun jangan sesekali abaikan ibu bapa sementara mereka masih ada.

Doa ibu bapa dan peluang melihat mereka adalah satu anugerah paling mahal bagi setiap anak. Jangan sia-siakan.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji tindakan Thalia yang memuliakan bapanya.

Ustaz cakap mak ayah tak pernah salah walaupun buruk macam mana! Nangis weh dengar.

Terbaik datin, suka hati baik datin.

Video

@thaliabaiduri hubungan kami semakin hari semakin baik alhamdulillah. Datang melawat papa sebelum puasa ? #fyp #talia #dollymilk #datinthaliabaiduri #putihkankulitmuseputihhatimu #ladybosstalia #susuputihtalia ? original sound – LAFF – LFD EMPIRE

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×