![[VIDEO] ‘Tiada Yang Difikirkan Selain Kematian’ – Keadaan Kesihatan Salih Yaacob Raih Perhatian](https://asset.ohbulan.com/2026/05/salih.jpg)
Tular sebuah video memaparkan pelakon dan penyampai radio, Ajak melawat Salih Yaacob hingga menimbulkan rasa sebak dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hargai Jasa & Kebaikan, Ajak Hadiahkan Tauke Kerusi & Meja Makan Untuk Gerai Lempeng – ‘Bukan Semua Saudara Kena Sedarah’
Artikel Berkaitan: ‘Doakan Saya Dapat Kumpul Modal Untuk Cari Kedai Lebih Selesa’ – Tauke Jambu Kini Pengusaha Lempeng
Melawat abang
Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama Mohd Hanaffi Razak, 40, memaklumkan bahawa keadaan Salih kini tidak lagi begitu kuat untuk berjalan.
Abang Salih mengadu, katanya jalan dah tak berapa kuat. Boleh jalan dekat-dekat saja.
Ajak datang sebagai sahabat, bukan pertubuhan dan bukan juga yayasan.
Sementara itu, Salih sempat menyatakan disebabkan keadaannya yang sering sakit, tiada lagi perkara lain yang difikirkannya selain kematian.
Sebab itu tiada guna kita bergantung kepada makhluk. Saya ikut mana yang Allah SWT tentukan.
Jadi, saya ingat mati sajalah. Tiada perkara lain, apa lagi yang nak difikirkan?
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya mendoakan agar Salih diberikan kesihatan yang cepat.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa rindu mahu melihat Salih kembali beraksi di televisyen.
Komen netizen


Sumber: TikTok








