Penerbit terkenal Datuk A Aida berkongsi pengalamannya ketika berada di dalam keadaan koma berikutan komplikasi selepas menjalani pembedahan lutut pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Bertudung Bukan Sebab Orang Lain, Janji Saya Selepas Kembali Sedar Dari ICU’ – A Aida

Artikel Berkaitan: A Aida Didekati Ustaz – ‘Tapi Rupa Tidak Menepati Cita Rasa Saya’

Pengalaman A Aida

@nona.my Mimpi diseksa dalam koma, segar dalam ingatan Dato' A. Aida. Masih terasa seksaan Tuhan berpusing-pusing di awan, sedang jasad di dunia sudah dibacakan Yasin, kerana jantungnya sudah terhenti berkali-kali. Nyawa Dato' A. Aida hari ini umpama peluang kedua yang Allah titipkan agar dia berubah. Meremang tengok sampai habis, saksikan video penuh di YT & FB Majalah Nona, jam 8.00 malam nanti ✨ #majalahnona #inspirasinona ♬ original sound – NONA

Menerusi perkongsian bersama majalah Nona, A Aida atau nama sebenar, Zaidah Awang, 56, mendedahkan bahawa dirinya seakan-akan dibawa ke langit dan dalam keadaan berputar meskipun jasad ketika itu terbaring di katil hospital.

Semasa di ICU (unit rawatan rapi) saya sebenarnya merasakan berada di antara dua alam.

Saya cuma ingat saya sedang berterbangan di atas awan yang putih. Badan saya berputar dengan rasa sakit yang tidak boleh digambarkan.

Tiba-tiba saya direntap naik ke atas dan berputar.

Bukan itu sahaja, A Aida turut merasa sakit ketika dirinya berada di dalam keadaan tersebut, lalu dia memohon keampunan daripada Allah AWT.

Bila orang kata mati adalah sakit, memang betul. Saya alami dan rasa sampai sekarang.

Sampai saya berkata pada Allah, ‘Ya Allah, kalau mahu ambil nyawa saya, ambil sahaja jangan seksa. Hentikan rasa sakit ini. Ampunkanlah atas semua kesalahanku.’

Saya nampak di bawah saya ada berjuta manusia nak sambut.

Menurut A Aida, doktor menyifatkan dia sebagai seorang insan yang bertuah dan seolah-olah diberi peluang kedua berikutan keadaan dirinya ketika itu yang sangat kritikal.

Doktor kata apa yang terjadi pada saya adalah sebuah keajaiban.

Ketika itu, doktor dah minta anak-anak panggil semua keluarga berkumpul dan baca Yasin. Saya 99% sudah tiada harapan.

Dalam masa yang sama, A Aida turut menceritakan perbualan bersama seorang ustaz yang sekaligus telah menyedarkannya untuk memakai hijab.

Ada urusan atas dunia ini yang belum selesai lagi. Saya tanya pada ustaz, apakah urusan itu yang Allah bagi peluang untuk saya selesaikan?

Ustaz kata, ‘pakai tudung.’

Terdahulu, A Aida pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan berikutan komplikasi selepas menjalani pembedahan lutut pada September lalu.

Sumber: TikTok Nona