![[VIDEO] Tindakan Mua Bellaz Infaq Makanan Dipuji Netizen – ‘Terharu Sebab Waktu Sekarang Memang Orang Memerlukan Bantuan’](https://media.ohbulan.com/2025/03/mua-bella-suami.jpg)

Pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz dihujani pujian netizen selepas melakukan infaq pemberian makanan terhadap penduduk di kawasan rumahnya di Kedah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Tak Pernah Tayang Harta – ‘Dia Rendah Diri & Tak Lupa Asal Usul’
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Bagi Nasihat’ – MUA Bellaz Hentikan Pengeluaran Produk Keychain Wajah Anak
Kongsi rezeki

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Nabila Zulyadaini bersama suaminya, Anuar Ahmad dilihat sedang mengagihkan makanan, mengambil peluang melakukan amal jariah pada bulan Ramadhan.
Difahamkan, pemberian makanan itu termasuk seperti barangan kering iaitu telur, gula, tin laici dan sebagainya.
Penerima infaq itu turut gembira dengan pemberian makanan yang diberikan oleh jurusolek itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur terhadap perbuatan Mua Bellaz dan suaminya.
Sesetengah mereka turut mendoakan agar keluarga Mua Bellaz dimurahkan rezeki kerana telah membantu segelintir penduduk yang memerlukan.
‘Terima kasih orang baik’

Sumber: TikTok








