berita

[VIDEO] Netizen Kagum MUA Bellaz Hadiahkan Pembantu Rumah Cincin Emas – ‘Seumur Hidup Ini Hadiah Paling Besar Dia Pernah Dapat’

August 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

MUA Bellaz

Jurusolek terkenal, MUA Bellaz sekali lagi menarik perhatian warganet apabila dia menghadiahkan pembantu rumahnya barang kemas bersempena hari ulang tahun kelahiran wanita itu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Telan Air Liur Tengok Stroller Anak MUA Bellaz Cecah RM25,000

Artikel Berkaitan: MUA Bellaz Derma RM20k Ke Persatuan Cinta Gaza

Cincin kedua

MUA Bellaz

Menerusi hantaran di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini dilihat sedang memilih sebentuk cincin emas.

Menurut Bellaz, ini kali kedua dia menghadiahkan pembantunya itu sebagai tanda penghargaan kerana menjaga anak-anaknya.

Selamat ulang tahun pembantu Bellaz. Seronoklah dia dapat hadiah yang Bellaz dan Mat Nuat (suami) bagi.

Ini cincin kedua dia dapat. Dia kata seumur hidup dia inilah hadiah paling besar yang dia pernah dapat.

Syukur Alhamdulillah, terima kasih tolong jaga anak-anak dan bantu Bellaz.

Dalam masa yang sama, dia turut memuji sikap pembantunya yang ringan tulang dalam menguruskan rumah tangga.

Dia jenis tak berkira masa dan tenaganya untuk kita, kita pun seronok nak bagi apa-apa pun dekat dia.

Kita faham orang perempuan memang suka sangat dengan emas, kita nak bagi dia seronok. Menangis dia bila kami bagi kejutan.

Netizen puji

MUA Bellaz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyifatkan Bellaz sebagai seorang majikan yang baik. Malah mereka juga mendoakan kesejahteraannya kerana berkongsi rezeki.

@muabellaz

semalam ulang Tahun helper bellaz …seronoklah diaa dpt Hadiah bellaz & mat nuat bagi …ni cincin kedua dia dapat ..dia kata seumur hidup dia ni hadiah paling besaq dia dapt ..Syukur Alhamdulilahh Terima ksih lah tlong jaga anak3 bellaz bantu bellaz ?? dia jenis xberkira masa tenaga dgn kita ..kita pon seronok nk bg apa2 pon dkt dia ….raya haritu bellaz bg dah sebentuk ..ni bagi lagi sebentuk kat diaa ..kita paham org perempuan ni mmg suka sgn dgn Emas ..bg dia sernok happy ..teriak semalam lah bg kejutan kt dia

? Can We Kiss Forever? – Kina

Sumber: TikTok MUA Bellaz

SKIP THIS AD ×