![[VIDEO] Tomok Mengaku Lalai Ketika Zaman Muda, Anak-Anak Jadi Pembakar Semangat Dalami Ilmu Agama – ‘Umur 32 Tahun Saya Baru Kenal Huruf’](https://media.ohbulan.com/2025/03/tomok-1.jpg)

Penyanyi Tomok mendedahkan zaman mudanya penuh dengan hiburan sehingga meninggalkan perkara yang wajib dilaksanakan sebagai hamba Allah.
Artikel Berkaitan: Tomok Bakal Sambung Master Di UPSI Secara Sepenuh Masa – ‘Perjalanan Baharu Buat Saya, Semoga Dipermudah’
Artikel Berkaitan: Tomok Nasihat Penyanyi Jangan Tertipu Dengan ‘Janji Manis’, Selidik Latar Belakang Penganjur Konsert
Belajar agama
@tv9malaysiaofficial “Kita kena berusaha untuk jadi lebih baik” – Tomok. Semoga menjadi ikhtibar dan tauladan kepada anak muda di luar sana ?? Jangan lupa saksikan 10 Malam terakhir, hari ini jam 6 petang secara langsung di TV9 atau strim juga melalui Tonton. #10MalamTerakhir #TV9Malaysia #10MalamTerakhirTV9 ? original sound – TV9Malaysia
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Tomok atau nama lengkapnya Shah Indrawan Ismail, 41, berkata anak-anak menjadi punca utama dirinya ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Menurutnya, dia mula belajar membaca Al-Quran pada usia sekitar awal 30-an.
Di awal-awal kehidupan, saya lalai.
Mula saya kenal huruf ketika umur saya 32 ke 33 tahun.
Kadang-kadang memang kena paksa diri untuk jadi orang yang lebih baik.
Anak adalah sebab utama saya ingin menjadi lebih baik. Saya tak mahu anak saya jadi macam saya dulu.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Marah Bukan Sifatku’ ini memaklumkan bahawa dia menghantar anak-anak mempelajari ilmu agama sebagai langkah untuk mereka tidak mengulangi perkara yang sama sepertinya dahulu.
Semoga istiqamah




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ayah kepada tiga orang cahaya mata itu kerana berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Selain itu, warganet turut menitipkan doa agar Tomok istiqamah dalam menjaga hubungan dengan Allah.
Sumber: TikTok @TV9Malaysia







