berita

[VIDEO] ‘Tuhan Bayar Cash’ – Gelagat Penyamun ‘Amatur’ Ini Buat Ramai Berdekah!

March 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kes samun dan pecah masuk bukanlah satu perkara yang asing lagi di Malaysia. Kebiasannya, premis seperti bank, kedai emas, kedai gajet dan sebagainya merupakan salah satu lokasi yang menjadi target golongan tidak bertanggungjawab ini.

Seperti satu video yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Fatin Izzate menunjukkan kejadian samun yang berlaku di KL Traders Square dengan melibatkan tiga orang lelaki.

Penyamun ‘jatuh’ tangga

Menerusi video berdurasi 0:45 saat itu memaparkan tiga individu sedang menyamun di salah sebuah premis yang terletak di bangunan KL Traders Square. Pada awalnya, salah seorang daripada penyamun itu telah berpura-pura seperti sedang menanyakan sesuatu kepada individu yang berada di dalam kedai tersebut. Pada masa yang sama, dua orang rakannya yang lain sudah bersiap sedia menunggu di sebalik tangga. Tidak beberapa lama kemudian, mereka bertiga terus bertindak menyerang mangsa dan menceroboh premis berkenaan.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah gelagat penyamun berbaju merah yang tergelincir ketika sedang menuruni tangga untuk melihat keadaan sekeliling. Selepas itu, penyamun tersebut telah naik semula ke premis berkenaan dalam keadaannya yang seakan-akan sedang menahan kesakitan. Ketiga-tiga mereka kemudian berlari dan meninggalkan tempat kejadian.

Tuhan bagi ‘cash’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat penyamun tersebut yang tergelincir ketika melakukan ‘operasi kotor’ mereka. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang beranggapan bahawa penyamun berbaju merah itu merupakan penyamun amatur dan baru pertama kali keluar menyamun.

Sumber: Fatin Izzate

SKIP THIS AD ×