berita

[VIDEO] ‘Tuhan Tolong Lembutkan Hati Dia, Untuk Terimaku Seadanya’ – Adira Nyanyikan Lagu ‘Ombak Rindu’ Untuk Datuk Red

April 3rd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Adira Suhaimi

Sejak suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red memiliki akaun TikTok, apa sahaja perkongsian yang dimuat naik membabitkan dirinya pasti mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Balik Rumah Isteri Pertama Selepas 5 Hari, Momen Anak-Anak Berlari Sambut Kepulangan Undang Sebak

Artikel Berkaitan: Datuk Red Pinjam Duit Adira, Nak Beli Juadah Berbuka Puasa Untuk Anak Isteri Pertama – ‘Alhamdulillah Dia Bagi RM100’

‘Ombak Rindu’

Adira Suhaimi

Terbaharu, gelagat Adira dan Datuk Red ketika bersama-sama melakukan sesi siaran langsung di platform tersebut sekali lagi mencuit hati orang ramai.

Dalam sesi itu, Adira menyanyikan salah satu lagu popular miliknya berjudul ‘Ombak Rindu’ kepada suaminya.

Difahamkan, penyanyi berusia 32 tahun itu berbuat demikian selepas dia tewas bermain satu permainan dengan Datuk Red di TikTok.

Ketika ibu kepada empat cahaya mata itu sedang menyanyi, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dilihat begitu seronok dan menghayati nyanyian tersebut.

Malah, Datuk Red sempat berseloroh mengatakan dirinya masih mempunyai harapan untuk berbaik.

Ada harapan ini.

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytiharkan muflis dan menanggung hutang sebanyak RM5 juta sehingga dia terpaksa menumpang belas ihsan dua isterinya.

Tidak lama selepas pendedahan itu dibuat, dipercayai Datuk Red menerima beberapa tawaran termasuk menjadi model jenama pakaian dan membuat review untuk beberapa jenama.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Video

@kakijalan66 Lepas Kalah PK dengan Abg Red, Adira nyanyi lagu ? bersemut ek, seronok abg red #abgred #datored #adirasuhaimi #tokred #nyanyi ? original sound – Kaki Jalan

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×