berita

[VIDEO] Tunang Pilih Janda Anak Satu, Gadis Sebak Pulangkan Cincin Pada Keluarga – ‘Wanita Itu Bekerjaya’

June 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan perhubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. Namun tak dinafikan, pelbagai ujian dan dugaan yang harus ditempuhi sebelum mengecapi kebahagiaan.

Itulah yang dilalui seorang wanita ini apablia hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati terpaksa dilupakan selepas ikatan pertunangannya terlerai di tengah jalan.

Sedih pulangkan cincin tunang

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @mymaret, wanita ini berkongsi momen pemulangan cincin pertunangan kepada keluarga pihak lelaki. Meskipun berat untuk ditelan tetapi itulah yang harus diterima wanita ini. Tambah wanita ini lagi, dia langsung tidak menyalahkan keluarga atas keretakan ikatakan pertunangannya sebaliknya dia berharap agar hubungan silaturahim antara kedua-dua keluarga kekal terjaga.

Aku percaya perancangan Allah SWT jauh lebih baik. Aku sayang ibu bapanya dan mereka tidak bersalah. Tapi kelakuan anaknya yang salah. Jadi, urusan pertunangan sudah diselesaikan dengan baik secara kekeluargaan.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wanita ini bersama ibu kepada bekas tunangnya tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata. Bukan itu sahaja, kelihatan mereka berdua saling berpelukan.

Tunang curang dengan janda anak seorang

Menerusi ruangan komen, wanita ini mendakwa bahawa bekas tunangnya itu telah berlaku curang menjalinkan hubungan dengan seorang janda anak satu yang lebih bekerjaya sedangkan dirinya hanya memiliki lulusan sekolah menengah sahaja.

Lebih baik gagal dari awak dari gagal setelah nikah. Allah tunjukkan bukan dia yang terbaik.

Tambah wanita ini lagi, dia tidak sanggup melihat ibu bapa serta keluarganya direndahkan dan dimalukan dengan pengkhianatan bekas tunangnya itu. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menitipkan doa agar wanita ini diberi ketabahan dalam mengharungi ujian ini selain berharap agar dia dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.

Video

Komen

Sumber: Mymaret

SKIP THIS AD ×