berita

[VIDEO] ‘Tunggulah, Nanti Polis Datang Angkut’ – Muka Penjenayah Pecah Masuk Kedai Dobi Terpampang Dalam CCTV

November 22nd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, kes samun dan pecah masuk bukanlah satu perkara yang asing lagi di Malaysia. Golongan tidak bertanggungjawab ini sering menjadikan premis-premis perniagaan sebagai port mereka melakukan jenayah tersebut. Mereka sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan segera.

Terbaru, viral di Facebook, Khairul Adha mengenai satu video yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua orang lelaki cuba memecah masuk salah sebuah kedai dobi di Ampang Tasik Tambahan, Ampang.

Berlegar-legar belakang premis

https://www.facebook.com/khairul.adha.12/videos/pcb.2670397696315730/2670396756315824/?type=3&theater

Menerusi rakaman CCTV tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang berlegar-legar di bahagian pintu belakang premis berkenaan dimana salah seorang daripada mereka cuba mencungkil dan memecah masuk melalui pintu itu.

Sementara, seorang lagi penjenayah dipercayai masih berada di kawasan premis itu untuk memerhati keadaan sekeliling supaya perbuatan mereka tidak tertangkap oleh orang awam yang melalui di kawasan tersebut.

Mesin tukar duit syiling rosak

https://www.facebook.com/khairul.adha.12/videos/pcb.2670397696315730/2670468729641960/?type=3&theater

Menerusi Harian Metro, Mohd Khairul Adha yang juga merupakan pemilik premis tersebut turut memberitahu bahawa kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 8 pagi.

Pada awalnya Mohd Khairul langsung tidak menyedari kejadian itu sehinggalah dia menerima panggilan daripada salah seorang pelanggannya yang memberitahu bahawa mesin tukar duit syiling telah rosak dan tidak berfungsi. Pelik dengan kejadian itu, dia kemudian terus menuju ke premis berkenaan untuk melakukan pemeriksaan berhubung dengan aduan tersebut.

Muka penjenayah dalam CCTV

Setibanya di premis, Mohd Khairul terkejut apabila mendapati pintu belakang kedai dobinya itu terbuka serta mesin syiling yang dimaksudkan oleh pelanggan itu juga sudah dipecahkan. Mengesyaki premisnya itu dipecah masuk, dia kemudian memeriksa rakaman CCTV.

Apa yang lebih mengejutkan apabila dia melihat perbuatan tidak bertanggungjawab ini dilakukan oleh dua orang lelaki dimana wajah salah seorang daripada mereka terpampang di dalam CCTV itu.

Mujurlah malam tadi saya kutip duit dalam mesin. Jika tidak, sudah tentu jadi habuan penjenayah.

Tunggulah nanti polis datang angkut. Muka awak (penjenayah) sudah terpampang dekat CCTV (rakaman kamera litar tertutup).

Tak pernah berlaku sebelum ini

Menurut Mohd Khairul, bukan premisnya sahaja yang menjadi mangsa golongan tidak bertanggungjawab ini, malah sebuah lagi kedai dobi dikatakan mengalami nasib yang sama.

Saya dapat tahu perkara ini selepas memuat naik dalam FB dan pemilik dobi memaklumkan, kedainya juga menerima nasib sama.

Tujuan saya tular perkara ini supaya pemilik dobi berjaga-jaga kerana kejadian kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Tambahnya lagi, walaupun premis tersebut telah lama beroperasi iaitu sejak dari tahun 2015 lagi, tetapi kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sepanjang tempoh tersebut. Ini merupakan kali pertama premis itu berhadapan dengan detik cemas seperti ini.

Sumber: Khairul Adha, Harian Metro

SKIP THIS AD ×