Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime berkongsi anaknya, Lyla Mulan Teh lebih selesa untuk ditidurkan dengan gaya tradisional seperti menggunakan kain gendong.

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’

Beli barang mahal tapi tetap pilh tradisional

Menerusi komen di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata sebelum ini, suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, membeli carrier berjenama untuk Mulan.

Bagaimanapun, Mulan lebih memilih cara tradisional untuk dibawa dan ditidurkan.

Yang kelakarnya, suami saya banyak beli barangan berjenama tetapi akhirnya Mula suka yang tradisional.

Atikah berkata demikian selepas video perkongsiannya mengikat kain gendong meraih perhatian netizen.

Perkongsian video itu dibuat selepas netizen meminta dirinya menunjukkan cara mengikat kain itu ketika menggendong Mulan.

Sebelum ini, individu tersebut mengatakan Atikah sudah bertukar menjadi ibu yang suka menggunakan cara tradisional seperti orang zaman dahulu.

Sumber: TikTok