berita

[VIDEO] Tyra Kamaruzzaman Kini Bercinta Dengan Pereka Fesyen? Pamer Aksi Mesra Bersama

September 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Tyra Kamaruzzaman

Sepotong video memperlihatkan aksi mesra pempengaruh media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman bersama seorang jejaka telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: BeauTyra Lancar Koleksi ‘Hair-To-Toe-Mist’ Dengan 3 Wangian Berbeza!

Bercinta dengan pereka fesyen?

Tyra Kamaruzzaman

Menerusi perkongsian di TikTok, Tyra memuat naik video memperlihatkan dia sedang menari bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Emri.

Dalam video berkenaan, mereka berdua dilihat sedondon mengenakan busana serba hitam.

Difahamkan, jejaka berkenaan merupakan seorang pereka fesyen tempatan.

Seperti dijangka, perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

Malah ada yang berteka teki mengatakan adakah mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Sementara itu, menerusi tinjaun OhBulan! ke Instagram milik jejaka terbabit, dia dilihat memuat naik sekeping foto sedang memimpin tangan Tyra.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamya sepakat dan bersetuju sekiranya mereka berdua benar-benar bercinta.

Terdahulu, Tyra pernah bercinta dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid.

Video

@tyrakmrzzmnthe audio is exactly how he makes me feel all the time? maciana – ??

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×