Pelakon dan penyanyi, Joey Daud berkongsi ujian yang disifatkan berat semasa mengerjakan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Artikel Berkaitan: ‘Nampak Tiga Garis Macam Disebat’ – Joey Daud Kongsi Pengalaman Seram Ketika Gali Kubur

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Cara Pilih Seluar Jeans Yang Berkualiti, Perkongsian Joey Daud Raih Perhatian Netizen – ‘First Time Nampak Dia Serius’

Ujian berat

Menerusi sebuah sesi temu bual, pemilik nama Zulkifli Daud berkongsi keadaan dirinya yang sentiasa memikirkan hal dunia walaupun dalam keadaan sedang solat.

Menurut Joey, selagi masih bernyawa untuk menjalani kehidupan, jalanilah dengan sebaik-baiknya.

Ujian yang berat pada saya adalah ketika solat, saya lupa rakaat ke berapa.

Sebab saya masih memikirkan hal dunia.

Ujian itu tidak best.

Selagi tengah hidup, buat lah yang terbaik.

Dalam solat pun lalai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat dapat terkait sama dengan kisah pelakon berusia 51 tahun itu yang sentiasa berusaha memperbaiki ibadah seharian. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Joey sekeluarga sentiasa dilindungi Allah.

Sumber: TikTok @sembangseram