berita

[VIDEO] Ular Besar Menyorok Dekat Tingkap, Abang JPAM Siap ‘Tarik Sis Semangko’ Lagi! Kelakar!

December 16th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Twitter seorang lelaki yang dikenali sebagai JalalMisai  berkongsi satu video ‘detik cemas’ yang menarik perhatian netizen. Menerusi video tersebut sepasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cuba mengeluarkan ular yang ‘berselindung’ di sebalik sebuah tingkap.

Menerusi ruangan balas, kejadian tersebut berlaku di Balakong, Selangor.

Panjangnya ular

Menerusi video yang berdurasi 40 saat itu, memaparkan dua anggota JPAM cuba menarik ular tersebut. Pada mulanya, agak sukar bagi mereka untuk menarik ular tersebut, ditambah pula keadaan fizikal ular yang besar dan panjang.

Lagi mencuit hati apabila slogan ‘tarik sis, semangko..’ digunakan bagi memberikan kata-kata semangat kepada mereka untuk menarik ular tersebut. Setelah slogan tersebut dilafazkan, ular tersebut berjaya ditarik oleh mereka. Menurut pemilik rumah itu, dia percaya ular tersebut sudah lama ‘menginap’ di bahagian tingkap rumahnya.

Memang panjang pun

Pengguna yang lain turut berkongsi tiga foto anggota JPAM menangkap ular tersebut. Menerusi gambar itu jelas menunjukkan ular itu memang besar dan panjang. Fuh takut! Perkongsian tersebut telah meraih 10.7k retweet, 5.8k likes dan 365.3 kali tontonan.

Malahan, menerusi ruangan balas, warganet turut berkongsi momen-momen mereka terjumpa ular besar seperti ini.

Sumber: JalalMisai & Tya Nadia

SKIP THIS AD ×