![[VIDEO] Umisya Mazlan Kecewa Tudung Dipulangkan Dalam Keadaan Koyak – ‘Tidak Baik Buat Begini Kepada Saya’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/umisya-tudung.jpg)
Pempengaruh Umisya Mazlan meluahkan rasa kecewa apabila dianiaya oleh salah seorang pelanggannya yang memulangkan tudung yang dibeli dalam keadaan rosak.
Artikel Berkaitan: ‘Isteri Sudah Cantik Pun Ada Juga Suami Cari Lain’ – Umisya Mazlan Seloroh Dengan Aslam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Kuat, Saya Menangis Belakang Kamera’ – Umisya Mazlan
Dianiaya

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Umisya memaparkan keadaan tudung yang dipulangkan kepadanya berada dalam keadaan koyak dan berlubang.
Ada pelanggan return barang tetapi bila tengok keadaan tudung itu koyak dan berlubang.
Saya bagi tudung dalam keadaan yang baik kepada pelanggan tetapi saya dapat dalam keadaan yang tidak elok.
Tidak baik buat begini kepada saya.
Kata Umisya, sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan produk yang diterima, mereka sepatutnya memohon untuk pemulangan wang (refund) dan bukannya memulangkan barang dalam keadaan rosak.
Kalau tidak suka dengan tudung yang saya jual, lebih baik minta refund saja tidak perlu return.








