![[VIDEO] ‘Untungnya..Macam Mana Nak Jadi Mira Filzah, Dapat Berdiri Sebelah Bai Jingting’ – Netizen](https://asset.ohbulan.com/2025/08/8wFhUGwU-mira-bai-jingting-1.jpg)
Pelakon popular, Mira Filzah, mencuri perhatian apabila tampil sebagai penyampai anugerah di acara berprestij, International Streaming Festival Global OTT Awards 2025, yang berlangsung pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Drama Gadis Masa Bawa Tuah, Mira Filzah Wakil Malaysia Ke International Streaming Festival Global OTT Awards 2025
Mira sampai anugerah kepada Bai Jingting
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, anggun dalam busana biru ketika menyampaikan trofi bagi kategori People’s Choice Award (Male) kepada pelakon terkenal China, Bai Jingting.
Bai meraih kemenangan menerusi lakonannya dalam drama The First Frost, menewaskan barisan calon hebat lain termasuk Park Bogum (Good Boy), Joo Ji-hoon (The Trauma Code: Heroes on Call), Sakaguchi Kentaro (What Comes After Love), Berik Aitzhanov (4°C) dan Natara Nopparatayapon (Mad Unicorn).
Di media sosial, kehadiran Mira di pentas antarabangsa itu mencetuskan rasa teruja dan cemburu dalam kalangan peminat, terutama apabila dia berpeluang bertemu secara langsung dengan Bai.
Malah ramai yang menganggap Mira bertuah dan berharap agar aktor tampan dari China itu dapat berkunjung ke Malaysia untuk bertemu peminat tempatan.
Majlis anugerah yang diadakan di BIFF Theater, Busan Cinema Center ini mempertandingkan 14 kategori utama selain empat kategori khas pilihan penonton, menjadikan ia antara acara penghargaan hiburan digital paling berprestij di peringkat global.
Komen
Sumber: TikTok