berita

[VIDEO] Uqasha Senrose ‘Throwback’ Zaman Jadi Pramugari – ‘Saya Selalu Takut, Senior Bila Nampak Budak Baru Mereka Pandang Atas Bawah’

November 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

uqasha pramugari

Pelakon, Uqasha Senrose baru-baru ini berkongsi dengan pengikut media sosialnya pengalaman ketika menjadi pramugari.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Jadi Punca Kematian Mangsa Buli, Uqasha Senrose Selar Individu Penabur Fitnah & Netizen – ‘Tomahan Yang Dibuat Bukanlah Kecil’

Artikel Berkaitan: Rakan Dakwa ‘Mangsa Buli’ Uqasha Senrose Dah Meninggal Dunia? – ‘Tuntut Di Padang Mahsyar Is Real’

Jadi pramugari ketika usia muda

uqasha pramugari

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata dia berjaya melepasi semua ujian untuk menjadi pramugari malah hampir dibuang kerana usia yang terlalu muda.

Dulu saya seorang pramugari dari umur 18 tahun sampai umur 20 tahun. Saya beroperasi untuk penerbangan domestik selama setahun dan selepas itu untuk penerbangan jet peribadi pula. Jadi saya ada dua pengalaman.

Ketika itu mereka mungkin terlepas pandang umur saya, saya belum dapat keputusan SPM tapi dah lepas semua ujian (untuk jadi pramugari). Jadi mereka nak buang saya, tapi saya kata kepada mereka saya dah berjaya buat semua ujian. Akhirnya mereka terima juga.

Aktres berusia 31 tahun ini turut mendedahkan momen pahit ketika bergelar anak kapal terutama semasa berhadapan dengan pramugari yang lebih berpengalaman.

Saya sebenarnya seorang yang sangat introvert, saya tak tahu macam mana nak bercakap, takut, malu dan tak yakin dengan diri sendiri.

Senior pula mak-mak orang, yang berumur daripada kita, yang ‘hot’ dan bersanggul tinggi..bila nampak budak baru mereka pandang atas bawah, atas bawah. Kena kerja dengan juruterbang juga.

Kalau dapat senior flight attendant yang baik tak apa kalau dapat yang ‘kerek’ dia akan bagi soalan yang susah. Bila tak dapat jawab dia tak bagi kita ‘fly’.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini mengakui pengalaman tersebut telah berjaya menjadikannya seorang yang lebih berani walaupun terpaksa menempuh kesukaran.

Jadi dari situ saya mendapat pengalaman, jumpa orang baru hari-hari dan lama kelamaan keyakinan diri semakin meningkat.

@murahrezekiqayla

Dulu Qasha stewardess masa umur 18tahun. #fyp #fyp? #fyp??viral #fypage #fypdong #fyppppppppppppppppppppppp #fypdonggggggg #uqasha #uqashasenrose #uqashasenrose92 #uqashakamaladli #uqashasenrose2 #stewardess #stewardesslife

? yours leehi ft chanyeol – Rei

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×