Pelakon jelita, Nur Fazura sekali lagi menyorot perhatian dengan koleksi beg tangan daripada jenama mewah yang dimilikinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 7 Tahun Berkongsi Hidup, Fattah Amin Luah Rasa Bertuah Memiliki Fazura Sebagai Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Petik Nama Saya Pergi Clubbing Itu Tuduhan Berat’ – Fazura
Beg tangan jenama mewah
@mirzanjohor jom kita skodeng2 koleksi beg Miss Fazura. bukan calang2 koleksi beg beliau ni ye #luxury #bag #skodeng #iconluxe
? original sound – MirzanJohor I Iconluxe.my – MirzanJohor I Iconluxe.my
Menerusi video oleh Icon Luxe, usahawan yang terkenal dengan jualan ‘preloved’ beg tangan mewah dan berjenama, Mirzan Johor mendedahkan harga beg tangan Hermes yang dimiliki Fazura.
Ia datang dengan kulit burung unta tak silap saya, dalam pasaran harganya di antara RM60,000 ke RM80,000.
Kena faham, beg-beg macam ini ia bukan sekadar nak beli, ia dah masuk dalam kategori ada duit pun tak boleh beli.
Bukan itu sahaja, difahamkan warna beg tangan tersebut juga sukar untuk diperolehi selain harganya yang mahal melainkan pembelinya memiliki profil yang baik.
Warnanya pun susah nak dapat, boleh dapat tapi mungkin warna hijau, biru. Tapi untuk warna yang senang nak dipadankan dengan baju ia jadi lebih mahal kerana sangat susah untuk dapatkan.
Tapi kalau dia dapat, sama ada dia betul-betul ‘power‘, atau dia belanja betul-betul mahal. Ada profil yang baik ataupun dia beli dekat luar negara ataupun orang hadiahkan. Kita pun tahu latar belakang Fazura memang orang yang sangat-sangat kaya.
Dalam masa yang sama, Mirzan juga sempat mendedahkan sebuah lagi beg tangan milik Fazura daripada jenama mewah yang sama.
Warna hijau ini sangat-sangat mahal, tapi dia ni sangat-sangat mahal pun dia pakai jalan-jalan je..pakai dengan ‘streetwear’.
Harganya pun dekat RM60,000 ke RM80,000. Ia beg kasual yang mahal, kalau yang tadi lebih kepada formal yang sangat mahal.
Jadi kalau Fazura nak jual beg ini kepada kita, kita tak mampu nak beli.
Sumber: TikTok Mirzan Johor