berita

[VIDEO] ‘Petik Nama Saya Pergi Clubbing Itu Tuduhan Berat’ – Fazura

November 5th, 2023 | by Zulaikha
OB Eksklusif

Fazura

Baru-baru ini, nama usahawan tersohor, Fazura menjadi panas selepas dipetik dipercayai dengan peminat seorang selebriti terkenal. Netizen itu telah mendakwa Fazura membuka tudung dan menjejak kaki ke sebuah kelab malam di Indonesia.

Artikel Berkaitan: Fazura Nasihati Suri Rumah Kena Buat Simpanan Kewangan Sendiri – ‘Ada Yang Depresi’

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Kongsi Detik Cinta Berputik Pada Fazura – ‘Saya Peminat Dia Dulu, Allah Aturkan Jodoh Depan Mata’

Tak pernah cakap terpaling solehah

Fazura

Ketika ditemui OhBulan!, Fazura berkata dia enggan memanjangkan kontroversi itu namun terkejut selepas mengetahui namanya terpalit.

Tegas Fazura, 40, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan dirinya terpaling solehah sebaliknya memilih untuk menjadi diri sendiri.

Sebenarnya saya tak nak ulas isu ini tetapi saya terkejut. Sebab saya manusia biasa.

Cuma saya tak pernah sebelum ini mengatakan saya terpaling solehah. Saya mengaji setiap hari. Saya solat setiap hari. Tiada kenyataan yang saya berkata seperti itu sebelum ini.

Saya sedang berusaha ke arah kebaikan dan sentiasa berusaha istiqamah.

Isteri kepada aktor, Fattah Amin berkata demikian ketika majlis Ngopi Bersama Fazura yang diadakan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Suka pergi karaoke

Fazura cantik

Tambah pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, dia mengakui memuat naik foto memakai hoodie dan topi di media sosial.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan pergi ke ‘clubbing’ itu merupakan satu tuduhan berat dan tidak benar.

Memang saya ada kongsi di Instagram saya pakai hoodie dan topi. Tetapi nak katakan saya pergi clubbing, itu tuduhan berat. Saya tak ada pergi kelab malam.

Saya suka muzik dan saya bekerja kuat. Bila sibuk bekerja dan sibuk 24 jam, kalau ada masa terluang, saya akan release tension. Saya suka menari dan menyanyi. Saya suka pergi karaoke dengan kawan kawan.

Sekarang ini banyak restoran gelap dan pasang muzik. Tapi saya tahu, walaupun berhibur saya sentiasa ingat Allah.

Tak ada saya lupa Allah. Saya tahu batasan. Tuduhan pergi clubbing itu wow! Zouk dah tutup. Kelab malam mana nak pergi?

Dalam pada itu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella menyatakan dia selesa menjadi diri sendiri di samping tahu menjaga batas sebagai umat Islam.

Saya mahu jadi diri sendiri. Peminat pun tahu siapa diri saya. Saya tahu jaga batas.

Saya tak kacau orang. Saya tak pernah jatuhkan orang lain demi menaikkan diri sendiri.

Doakan saya jadi muslimah yang baik. Jangan nanti daripada bertutup litup, kemudian keesokkan hari buka pula.

Terdahulu, nama Fazura dipetik oleh netizen selepas satu blog menyiarkan satu berita yang bertajuk, ‘Pergi Indonesia ‘Clubbing’ Buka Tudung, Pakai Hoodie Jer, Leher Semua Terdedah” – Akaun Fanatik Neelofa Sindir Aktres Mana Tu?’

Komen netizen:

‘Nak launching tudung baru nak post pasal Palestin. Mestilah akan ada dihujung hujung posting back up diri sendiri (tanpa hebahan) apo? apa guna ada follower ramai, guna untuk beri kesedaran, ini tak, pergi negara seberang, g clubbing buka tudung, pakai hoodie jer, leher semua terdedah.’

Video

@ohbulanofficial Haa ini kata Fazura sendiri ????#ohbulan #news #fyp #fazura ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×