Pendakwah dan personaliti media sosial, Ustaz Adnin mendedahkan sifat isterinya yang tidak bermasam muka sepanjang melayari bahteri perkahwinan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Adnin Kongsi 5 Tanda Taubat Diterima Allah SWT

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jodoh Telah Ditetapkan Tapi Allah Suruh Kita Usaha Cari Dengan Cara Yang Baik’ – Ustaz Adnin

Isteri tak merajuk

@arrasyidinacademy

“Isteri tak pernah merajuk” @Ustaz Adnin @Dr Hanzalah Mizi #isteri #rumahtangga #anak #perempuan #parenting

♬ 银河 Interstellar Ambient – U-Music

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Adnin meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang memudahkan urusan sehariannya.

Menurut Ustaz Adnin, keluarga juga sering memuji personaliti isterinya yang tidak pernah merajuk.

Isteri saya tak pernah bagi silent treatment.

Dia tak pernah merajuk. Kalau saya sembang dengan mak ayah saya, mereka akan kata isteri saya hebat.

Tak diuji dengan isteri, anak pun Alhamdulillah baik-baik setakat ini.

Perkara itu membuatkan saya sangat bersyukur. Mungkin berkat doa mak ayah.

Ataupun saya akan diuji dengan perkara lain.

Suami yang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Ustaz Adnin sebagai suami yang baik sehingga isteri tidak pernah terasa hati. Selain itu, warganet turut mencemburui rezeki pendakwah berusia 33 tahun yang dikurniakan keluarga yang sempurna.

Sumber: TikTok @ArRasyidinAcademy