Di Malaysia pengantin baharu lazimnya akan diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu pihak perempuan dan pihak lelaki bagi memberi peluang kepada keluarga dan kenalan untuk hadir berkongsi kegembiraan dengan pasangan tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nikah Dengan Orang Yang Salah Rasanya Setengah Mati’

Artikel Berkaitan: Ini Tarikh Terbaik Untuk Naik Pelamin Tahun Hadapan Menurut Bulan Islam & Sirah Rasulullah SAW

Penjelasan ustaz

Bagaimanapun, masyarakat di negara ini dilihat kurang mengetahui mengenai hukum mengadakan majlis menurut agama Islam.

Menerusi perkongsian semula di Instagram, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Pengantin lelaki sahaja sunat buat kenduri kahwin, manakala pengantin perempuan pula harus. Nak buat boleh, tak nak buat pun tak mengapa. Itu hukum Islam.

Bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW, pengantin lelaki disunatkan untuk mengadakan majlis manakala pandangan ahli agama pula mendapati hukum bagi pengantin perempuan pula adalah harus.

Dalam Islam, bila berkahwin pengantin lelaki sahaja sunat buat kenduri. Nabi Muhammad SAW kata, ‘Buatlah kenduri walaupun kecil-kecilan.’

Maksud Nabi adalah pengantin lelaki, cuma ulamak berkata, ‘jika pihak pengantin perempuan mahu buat kenduri, hukumnya harus’.

Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar juga menegur sikap segelintir pihak yang menjadikan majlis persandingan mereka sebagai medan untuk bermegah-megah.

Kadang-kadang kita ini yang harus jadi macam wajib, menunjuk-nunjuk dan bertanding pula.

Sumber: Instagram